Inilah RAHSIA Bola Sepak Bawah 13 Tahun Malaysia Dapat BELASAH Semua Pasukan Di UK !!!

| September 29, 2015 | 0 Comments

Inilah RAHSIA Bola Sepak Bawah 13 Tahun Malaysia Dapat BELASAH Semua Pasukan Di UK !!! | “Cuba tengok apa yang adik ini pegang,” demikian kapsyen gambar yang ditulis finalis Pendakwah Daie Musim Kedua, Izzhar Nazri berkenaan gambar yang menunjukan seorang pemain bola sepak Malaysia bawah 13 tahun memegang al-Quran tatkala berada dalam kapal terbang. Bercerita lagi Izzhar berkata, dia sering mengikuti perkembangan skuad ini dan dia menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian ‘adik-adik ini.

1

“Saya antara yang ikuti perkembangan pasukan bola sepak Malaysia Bawah 13. Mereka belasah hampir semua pasukan di England!

“Semalam mereka selamat sampai ke Malaysia selepas tamat #JelajahUK2015. Selain latihan memantapkan fizikal dan mental, antara faktor mereka digeruni adalah punyai rohani yang mantap,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Izzhar berkata pemain-pemain ini juga ‘pandai menjaga agama’ ketika bersukan.

“Adik-adik ini menutup aurat setiap kali perlawanan dan melazimi bacaan quran untuk menguatkan spritual mereka. Cenggini!,” tulisnya.

2

Terdahulu dalam perkembangan #JelajahUK2015 #TeamNFDP menunjukan pencapaian yang sangat membanggakan. Anak buah Lim Teong Kim itu membelasah Crystal Palace B13 7-0 pada Jumaat lepas. Keputusan yang sama dicatat dalam perlawanan pertama jelajah UK menentang Barnsley Schools FA B13.

Jelajah UK tahun ini menyaksikan Malaysia berpeluang bertemu dengan pasukan di luar London seperti Manchester City, Sheffield Wednesday, Barnsley dan Liverpool. Dalam sepuluh perlawanan yang diadakan, Malaysia hanya tewas sekali kepada City (0-2) dan seri dengan Reading (1-1).

3

Jelajah UK buat pemain bawah 13 tahun negara kali ini amat mencabar berbanding tahun lalu. Mereka terpaksa bermain dalam keadaan cuaca sejuk namun tetap mencapai keputusan yang membanggakan.

Skuad Bawah 13 Malaysia dianggotai oleh Penyerang: Asman Asrul nombor 8, Luqman Hakim 10 ; Arif Aiman 13; Danial Amali 33; Pemain Tengah: Amirul Ashrafiq 23 Haikal Rosdi nombor 26; Pemain Tengah: Alif Daniel 14 ; Haikal Alif 15 ; Alias Alan 17 – Ketua Pasukan; Pemain Tengah 2: Ikhwan Hafizo 6; Aleff Haedi 7; Alif ‘Kancil’ Mutalib 9; Naven Raj 11Pertahanan: Firdaus Ramli 20 ; Danial Romizan 24; Amir Ariffin 16; Amran Abd Jamil 18 ; Fahmi Daniel 19; Pertahanan 2; Danish Ishak 4; Hariz Mansor ;5 ; Raimi Shamsul 12; Penjaga Gol: Sikh Izhan Nazrel 1; Daniel Akmal 22; Abdul Alim Al-Amri 32. KREDIT FB IZZHAR

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN Kini DIDEDAHKAN !!!

Tags: , , , , , , ,

Category: Lelaki

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *