“Dia Cuma Bergurau Tetapi Mahkamah Sahkan Jatuh Talak 3” !!!

| November 24, 2015 | 6 Comments

“Dia Cuma Bergurau Tetapi Mahkamah Sahkan Jatuh Talak 3” !!! | Tadi datang seorang wanita muda lingkungan 30’an bersama dengan seorang rakan. Katanya baru balik dari Mahkamah Rendah Syariah. Wanita itu bercakap dengan nada perlahan. Aku cuba mendengar dengan jelas. Dia memulakan bicara.

1

“Boleh tak kalau saya dan suami merujuk kembali?” soalnya.

“Puan bercerai talak berapa?”

“Talak tiga,” katanya sambil menangis teresak-esak.

“Allah!” spontan keluar mulut aku.

Si rakan cuba menenangkan dia. Seorang kakitangan wanita Pejabat Agama Islam memberikan penjelasan kepada wanita itu.

“Puan dan suami tidak boleh merujuk kembali sebab puan sudah bercerai dengan talak tiga melainkan selepas tamat iddah, puan berkahwin lain dan jika puan bercerai puan boleh berkahwin semula dengan suami yang pertama,” jelasnya.

Wanita muda itu seolah-olah meluahkan perasaan, jadi saya pun mendengar masalah dia. Katanya, suaminya tidak melafazkan talak tiga di depannya.

“Jadi, macam mana puan tahu suami ceraikan puan dengan talak tiga?” soal aku.

“Begini, suami saya dengan nada gurauan bersembang dengan kawan dia ‘aku sudah ceraikan isteriku dengan talak tiga’. Balik ke rumah, suami menceritakan kepada saya. Suami kata dia bergurau. Saya terus merujuk di Mahkamah dan Mahkamah memutuskan talak jatuh. Luluh hati saya,” katanya.

Aku hanya kata, “Puan, banyakkan bersabar ye. Minggu depan puan datang ke sini berjumpa dengan pegawai kami jika puan inginkan khidmat nasihat. InshaAllah kami akan bantu berikan puan semangat. InshaAllah,”.

Secara jujurnya, aku benci dengan lelaki yang suka bermain dengan talak! Bergegar Arasy Allah. – Abdul Razak Nordin. via THEHYPEMEDIA.

P.S. 1 – Suami Mundar Mandir Menanti Isteri Yang Sedang BERSALIN… Jururawat Keluar Dan… (Sediakan Tisu) !!!
P.S. 2 – Di Tempat Misteri Ini… TELUR Boleh Masak Dengan Sendiri Di Atas BATU !!!
P.S. 3 – Misteri di Gunung Baling Kedah Yang Ramai Tak Tahu…
P.S. 4 – Anda PASTI Terkejut Apabila LIHAT Apa Yang Telah Dilakukan Kepada WANITA Ini !!!
P.S. 5 – Gambar Seram Di Air Terjun Sekayu Yang Akan Anda Tengok 2x !!!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments (6)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. fathia says:

    Hai .saya ingin bertanya adakah jatuh talak tiga kalau suami berkata di depan keluarganya jika isterinya ada lelaki lain die akan menceraikan isterinya talak tiga.Pada masa yang sama isterinya memang ada lelaki lain tetapi suaminya tidak tahu.adakah jatuh talak tu

  2. Shafik Bin Abdullah says:

    Biar betul wahai hakim-hakim dan peguam-peguam.

    Apa itu “Talak” dan adakah ianya duduk di Lafaz sahaja atau perlu diiringi dengan perbuatan?

    Apa itu “Ra’kaat” dan adakah ianya duduk di Lafaz sahaja tanpa diiringi dengan perbuatan?

    Baca, fahami, ketahui dan hayati Ayat-Ayat Suci Al Quran dari Ayat ke 227 hingga Ayat ke 231. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *