Akibat TAK MAHU Bagi ROKOK… Inilah Tindakan MENGEJUTKAN Yang Dibuat Abang Terhadap Adiknya !!!

| November 24, 2015 | 0 Comments

Akibat TAK MAHU Bagi ROKOK… Inilah Tindakan MENGEJUTKAN Yang Dibuat Abang Terhadap Adiknya !!! | Seorang pemuda maut di tangan abangnya hanya kerana mendesak meminta sebatang rokok. Kejadian berlaku di rumah flat di Permyjaya Tudan di Miri pada pukul 5 petang kelmarin.

1

Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata, mangsa dikenali sebagai Frankie Nyegiang Ramlie, 22, ditegur oleh abangnya, 25, kerana sering meminta rokok daripadanya.

“Mangsa naik marah bila ditegur dan terus mengambil parang manakala suspek bertindak balas dengan mengambil pisau sayur,” katanya semalam.

Stanley berkata, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa menyebabkan mangsa mengalami kesan tikaman di bahagian dada sebelah kanan dan kesan kelar di pergelangan tangan sebelah kiri.

Beliau berkata, sewaktu pergelutan berlaku tiga individu yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikan mereka tetapi gagal dan ia berakhir dengan mangsa berada dalam keadaan lemah.

“Suspek dan sepupunya telah menghantar mangsa ke Hospital Miri pada pukul 9 malam untuk mendapatkan rawatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian berlaku mangsa serta suspek dipercayai mabuk ekoran sesi minuman keras bersama rakan dan sepupu.

Beliau berkata, empat lelaki termasuk abang mangsa, kesemuanya bekerja buruh kasar, berumur 24 hingga 33 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, sebilah pisau pemotong sayur dan parang panjang turut dirampas polis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. KREDIT MALAYSIAKINI.

P.S. 1 – Suami Mundar Mandir Menanti Isteri Yang Sedang BERSALIN… Jururawat Keluar Dan… (Sediakan Tisu) !!!
P.S. 2 – Di Tempat Misteri Ini… TELUR Boleh Masak Dengan Sendiri Di Atas BATU !!!
P.S. 3 – Misteri di Gunung Baling Kedah Yang Ramai Tak Tahu…
P.S. 4 – Anda PASTI Terkejut Apabila LIHAT Apa Yang Telah Dilakukan Kepada WANITA Ini !!!
P.S. 5 – Gambar Seram Di Air Terjun Sekayu Yang Akan Anda Tengok 2x !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *