Misteri KEHILANGAN Anita Sarawak Lebih 3 Tahun Kini TERJAWAB.. Jangan TERKEJUT !!!

| December 25, 2015 | 0 Comments

Misteri KEHILANGAN Anita Sarawak Lebih 3 Tahun Kini TERJAWAB.. Jangan TERKEJUT !!! | Misteri ‘kehilangan’ penghibur tersohor, Anita Sarawak terurai. Dalam artikel Shuib Taib di New Straits Times, tulisannya menjawab persoalan dan gossip yang dikaitkan dengan kehilangan penyanyi kelahiran Singapura itu.

1

Anita yang sering membahasakan dirinya Kak Nita, dilaporkan menjalani pembedahan tulang belakang pada 2013, dua tahun selepas dia meninggalkan negara ini.

Ia tidak dikongsi dengan peminat selepas dia memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih privasi, tanpa publisiti.

Sepanjang tempoh itu, pelbagai spekulasi timbul terhadap penyanyi bertaraf antarabangsa ini.

Paling kerap diperkatakan, dia telah berpisah dengan suami keempatnya, Mahathir dan mengubah penerampilan bergaya dan seksinya dengan berhijab.

Paling mengejutkan, Anita Sarawak dikatakan turut dibebani dengan masalah hutang.

Hakikatnya, anak tunggal hasil perkahwinan primadona filem Melayu, Siput Sarawak dengan S. Roomai Noor ini, membuktikan segala cerita yang dikaitkan dengan dirinya adalah palsu.

Dirinya masih isteri kepada Mahathir dan masih tinggal sebumbung dengan suaminya.

Bukan setakat itu, Kak Nita terus mengembangkan asetnya dengan membeli hartanah di Tuscany, Italy, sekaligus menyangkal dakwaan dia berdepan dengan masalah hutang.

Bahkan, pembedahan tulang belakang sebelum ini, tidak menghalangnya kembali membuat persembahan di Caeser’s Palace, Las Vegas pada Februari dan Mac lalu.

Walaupun dia tidak seaktif dulu, namun ia membuktikan Anita Sarawak masih menjadi seorang penghibur.

Bagi peminatnya di negara ini dan Singapura, dia seorang penghibur yang unik dengan gaya tersendiri. Kelincahan dan coletehnya ketika membuat persembahan membuatkan mereka merindui kemunculan semula Kak Nita. KREDIT FREEMALAYSIATODAY.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *