Kenapa Ada LUBANG Pada Cermin Kapal Terbang Yang Ramai TAK TAHU !!!

| February 11, 2016 | 0 Comments

Kenapa Ada LUBANG Pada Cermin Kapal Terbang Yang Ramai TAK TAHU !!! | Pesawat komersial telah direka untuk terbang pada altitud lebih tinggi atas beberapa sebab:

1

1. Untuk mengurangkan rintangan udara
2. Mengelakkan cuaca buruk
3. Mengurangkan penggunaan bahan bakar

Tekanan udara pada ketinggian 35000 kaki contohnya, adalah lebih kurang 23.8 kPa, sangat rendah untuk organ dalaman manusia berfungsi dengan baik. Jadi tekanan udara dalam kabin perlu dikawal untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang.

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa ada lubang kecil pada tingkap pesawat kan? Lubang ini sebenarnya ada kaitan dengan pengurusan tekanan udara dalam kabin.

Tingkap kabin dibina dengan 3 lapisan, semuanya menggunakan resin sintetik yang sangat kuat. Hanya lapisan luar dan tengah sahaja yang direka untuk menahan tekanan. Lapisan dalam hanyalah sebagai lapisan tambahan, dan untuk mengelakkan anda mencalarkan lapisan tengah. Kebiasaannya lubang kecil atau ‘breathe hole’ ini akan ada pada lapisan tengah.

1248220935392047938 io9

Fungsi utama lubang ini adalah untuk mengimbangi tekanan udara dalam kabin dan tekanan udara di antara lapisan tingkap. Oleh itu hanya lapisan luar sahaja yang menahan tekanan dan lapisan tengah bertindak sebagai simpanan jika berlaku apa-apa. Ya, jika lapisan luar pecah dan lapisan tengah mengambil alih tugas menahan tekanan, akan ada kebocoran melalui lubang tersebut. Tapi jangan risau, sistem pengawalan tekanan dalam kabin dapat menangani isu ini. Selain itu, lubang ini juga berfungsi untuk melepaskan wap udara di antara lapisan tingkap bagi mengelakkan kabus terbentuk pada tingkap.

Kenapa tingkap bentuk bujur?

plane-windows_1024

Kalau anda perasan, tingkap dalam kabin berbentuk bujur. Kenapa? Sebenarnya pesawat komersial dahulu mempunyai tingkap berbentuk segi empat tapi telah ditukar ke bentuk bujur atas faktor keselamatan.

Tekanan udara yang lebih tinggi di dalam kabin akan menyebabkan badan pesawat mengembang, sama seperti belon yang dilepaskan ke angkasa. Ini akan menyebabkan dinding pesawat mengalami tekanan dan tegangan. Di sinilah bentuk tingkap pesawat memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan pesawat.

Dalam sebuah kabin yang bertekanan, akan ada satu daya yang bertindak ke atas dinding kabin yang menyebabkan dinding kabin berada dalam keadaan tegang. Jika pesawat tidak mempunyai tingkap, daya tegangan ini akan mengalir dengan sekata. Tingkap yang berbentuk segi empat akan menyebabkan gannguan pada aliran daya yang menyebabkan ia terkumpul pada bucu tingkap yang boleh menyebabkan kegagalan bahan (material failure) pada dinding kabin. Tingkap berbentuk bujur membolehkan aliran daya yang lebih lancar untuk mengurangkan risiko kegagalan bahan.

Screen Shot 2016-02-10 at 11.40.46 PM Real Engineering

Nampak mudah, tapi jurutera hanya menyedari kesilapan pada reka bentuk tingkap pesawat selepas dua kemalangan udara dalam tempoh 5 bulan pada tahun 1954. Belajar dari kesilapan.

Selepas ini jika anda bosan duduk dalam pesawat, bolehlah ceritakan tentang kejuruteraan di sebalik reka bentuk tingkap kabin pesawat. KREDIT TEKROKA via I09.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *