Bekas JUTAWAN MUDA DEDAH Bagaimana Buat RM100k Sebulan Hanya Dengan Jual NASI LEMAK !!!

| February 2, 2016 | 0 Comments

Bekas JUTAWAN MUDA DEDAH Bagaimana Buat RM100k Sebulan Hanya Dengan Jual NASI LEMAK !!! | Seorang bekas jutawan muda (pernah jadi jutawan), Faiz Sufi, yang suka kongsi tips bisnes di FB tanpa berselindung telah mendedahkan cara sesiapa yang mahu (bukan angan-angan ja tapi terus buat) untuk bagaimana hasilan income RM100,000 sebulan hanya dengan jual nasi lemak sahaja.. Ikuti di bawah .

1

Modus Operandi Nasi Lemak RM1.00

Aku balik kampung di Kedah hari tu,
jumpa dengan pakcik juai nasi lemak RM1.00.

Sehari dapat jual 400~500 bungkus.
Location ?
Depan universiti Insaniah.

Untung ker ?

1- Berapakah modal nak melahirkan 400 bungkus nasi lemak ?

Aku dah tanya Pakcik tu,
nak melahirkan 400 bungkus, bergantung pada kuantiti beras.
15kg = 400 bungkus

Bawang merah 4kg RM7.00
Ikan bilis 500g RM15.00
Cabai Kering 500g RM7.00
Telur Gred B 1tray RM9.50
Santan RM5.00
Beras 15kg RM37.50
Overhead / Misc RM15.00
(gula, asam jawa, gas, minyak, elektrik, kertas bungkus)

Total : RM96.00 ( RM100 la senang kira)

RM100 / 400 bungkus = RM0.25 kos per unit.

2- Jualan ?
400 unit x RM1.00 = RM400.00
Modal = RM100.00
Masa = Pukul 4.00 petang hingga 7 malam.

Sehari RM300.
Buka meja 26 hari sebulan.
Boleh la setaraf gaji Doktor Praktikal.

3- Buat dan Buat. Terus Buat.

Ramai dah guru business kasi nasihat,
Start semula dengan modal kurang dari RM2,000.

Memang perit, otak hang dah biasa tune dengan angka 6 / 7.
Last-last turun tepi jalan, main 3 angka balik

Paksa diri, aku beli peralatan menega tepi jalan.
Periuk masak : RM300.
Khemah bazar ramadhan : RM150
Besen belanga senduk pa bagai : RM200.
Meja : RM150

Total : RM800.

Jumlah barang niaga : RM800.00
Jumlah barang mentah RM100.00
Keseluruhan : RM900.00

InsyaALLAH, 2 hari jual nasik lemak, dapat pulang modal.

4- Masalah Think Big.

Hang dah biasa dengan business skala besar,
bila bermula dari bawah, hang akan terbiasa THINK BIG.
Thats the problem.

Why ?
Buat tak lagi, tapi dah imagine fikiran besar.
Fikir besar itu bagus, tapi mesti bermula juga dari bawah.
Mesti buat praktikal!
Sebelum dapat capai besar, mesti hadap yang kecik dahulu.

Sebb tu aku paksa juga diri beli
bahan-bahan menega nasik lemak ni.

5- Bagaimana aku mahu RM100,000 sebulan, bersih ?

Untung per unit = RM0.75 sen.
Maka, aku perlu jual 135,000 unit sebulan,
bersamaan 5000 unit sehari jualan.

Macam mana nak achieve jualan 5000 nasik lemak sehari ?
Letak 250 unit di 20 premis kedai makan / asrama / kantin / RnR.

Boleh atau mustahil ?

Kalau hang biasa terjah untuk Channel,
hang akan tahu perit atau tidak nak dapat 20 premis niaga
untuk letak jualan produk kita.
colonthree emoticon

6- Costing.

Buat sendiri, kos aku hanyalah RM0.25 / unit.
Untung RM0.75 per unit.

Berapakah harga nak tolak di channel jualan / pengedar ?
RM0.90 per unit ?
RM0.80 per unit ?
RM0.75 per unit ?
Berapa agak agak ye?

Kalau hang kata tolak kat Channel RM0.50/unit ( makan untung separuh), aku tau hang baru menega.
ataupun jenih buang harga, pahtu tercekik.
pacman emoticon

Buat seorang = Kos RM0.25 / unit untuk bahan mentah sahaja!

Hang nak buat 5000 bungkus sehari.

Ini lain-lain future cost :
> Mesti pakai pekerja,5 ~ 10 orang.
> Mesti dapur lebih luas ( kos sewaan kedai )
> Bil utiliti api air pa bagai akan meningkat
> Kos pengurusan akan menaik.

Maka, kos 1 nasik lemak kita, akan bertambah.
Dari RM0.25/unit, ia boleh pergi hingga RM0.50 per unit.

Harga mati untuk channel / pengedar adalah RM0.75 !!

7- Unique Selling Point

Aku baru niaga, macam mana aku nak pastikan
500 bungkus nasi aku ni dapat terjual ?
Dari 500 bungkus, aku nak up jadi 1000 bungkus, waktu pagi sahaja.

Jual pada waktu pagi :

Ayat jualan 1:

” Akak ambik la nasik ni 20 bungkus, saya kasi RM15 jer.
Bawa gi jual kat kawan-kawan ofis.
RM5 jer pun,
tapi dah lepas duit tol ke, minyak keta ke, parking ke.
Kan ? Kan ? Kan ? “

Ayat Jualan 2:

” Akak ambik la 20 bungkus ( RM0.75),
tolong letak kat kantin tempat kerja akak jerr.
Lama-lama dapat la 100 bungkus sehari.
Dah dapat RM25 sehari. Sebulan dapat RM650.
Lepas lerr duit nursery anak ke, pampers susu ke apa ker…”

*

orang niaga ni,
sebelum dia buat sesuatu niaga tu,
dia dah imagine sampai mana dia nak bawa niaga tu.

Masalahnya, takut imagine saja.
tapi buatnya tidak. Ngeh ngeh ngeh.

Waduh waduh, gimana aku bisa bangun pukul 4.00 ni dong?
Mahu masak, mahu bungkus lagi.

Think positive,
Dia nak bagi hang buat tahajjud tu.
Lama dah lupa kat Dia.

Cerita di atas,
hanyalah imagine aku sebelum aku buat praktikal
di lapangan tepi jalan. InsyaALLAH, sehari dua lagi.

Mana-mana yang bermanfaat, ambillah.
Mudah-mudahan, dapat idea RM100k sebulan jual nasik lemak jalanan. InsyaALLAH.

P.S. 1 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *