Apa Yang Pelajar Malaysia Ni CAPAI Di UK Telah Buat Nama Malaysia HARUM Di Mata Dunia !!!

| March 10, 2016 | 0 Comments

Apa Yang Pelajar Malaysia Ni CAPAI Di UK Telah Buat Nama Malaysia HARUM Di Mata Dunia !!! | Aktivis IKRAM UK & Eire (UKE) yang juga pelajar doktor falsafah (PhD) di Institute of Pharmaceutical Science di King’s College London, Izzat Fahimuddin Mohamed Suffian (FB IZZAT FAHIMUDDIN (LINK)) mengharumkan nama negara apabila telah diumumkan sebagai salah seorang pemenang anugerah Wellcome Image Awards 2016.

1

Anugerah tersebut yang memasuki tahun ke-15 merupakan satu pengiktirafan untuk para penyelidik dalam bidang sains bioperubatan dari seluruh dunia yang berjaya menghasilkan imej teknikal yang sangat informatif, menarik dan menakjubkan di mana 20 buah imej terbaik dipilih sebagai pemenang.

Beliau bersama tiga lagi pelajar PhD perubatan daripada King’s College London iaitu Kuo-Ching Mei, Houmam Kafa and Khuloud Al-Jamal telah menghasilkan imej dua bakteria berbentuk rod berada di atas lembaran graphene yang amat nipis melalui teknik pengimejan transmission electron microscopy.

Beliau turut memenangi anugerah yang sama pada tahun 2014 bersama Khuloud Al-Jamal dengan menghasilkan imej rawatan kanser berupa imbasan mikrograf elektron daripada kelompok sel-sel kanser payudara (warna biru) yang telah dirawat dengan zarah bersaiz nanometer (nanocarriers) membawa ubat anti-kanser, doxorubicin.

2Izzat bersama rakan sepasukan semasa memenangi anugerah pada 2014 untuk imej sel kanser yang dirawat

Anak bongsu daripada tiga adik-beradik, Izzat yang berasal dari Gombak mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat asasi di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Universiti Malaya dan memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama dalam Sains dan Kejuruteraan Kimia di Universiti Kobe, Jepun.

3

Kini beliau menuntut PhD di King’s College London di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sedang melakukan kajian terhadap virus Hepatitis B untuk rawatan kanser serta bergiat aktif dalam aktiviti dakwah, tarbiah dan kebajikan melalui IKRAM UKE sebagai Ahli Jawatankuasa IKRAMedia.

Tahniah Izzat Fahimuddin! Semoga kemenangan ini menjadi pendorong dan inspirasi kepada rakan-rakan dan mahasiswa umumnya untuk berjaya dalam bidang masing-masing, insya-Allah. KREDIT IKRAM | FB IZZAT FAHIMUDDIN (LINK).

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *