VIRAL.. Wartawan Itali Dedah Punca Dr Noordin DILUDAH Penyokong Bola Sepak di Itali !!!

| April 22, 2016 | 0 Comments

VIRAL.. Wartawan Itali Dedah Punca Dr Noordin DILUDAH Penyokong Bola Sepak di Itali !!! | Walaupun kedatangan Datuk Dr. Noordin Ahmad disambut meriah setibanya di Itali Khamis lalu, namun sebaliknya berlaku kepada pemilik baharu FC Bari 1908 itu ketika menyaksikan pasukannya menentang Ascoli Picchio FC 1898 di Stadium Cino e Lillo Del Duca hari ini.

1

Kehadiran Noordin, yang dite­mani peguamnya Grazia Iannarelli dan Presiden Bari, Gianluca Paparesta, di stadium tersebut di­sambut dengan tindakan biadab segelintir penyokong tuan rumah yang mengeluarkan kata-kata kesat serta meludah ketika perlawanan Serie B itu berlangsung. Ini disebabkan kebencian mereka kepada penglibatan warga asing dalam arena bola sepak mereka.

Perbuatan penyokong lawan itu membuatkan Paparesta malu dan melahirkan rasa kesal dengan sisi buruk yang ditunjukkan oleh segelintir penyokong Ascoli, de­ngan menyifatkan perbuatan tersebut tidak bertamadun.

“Walaupun kita berbeza de­ngannya (Noordin), namun tindakan biadab itu telah mencerminkan budaya Itali kepada orang luar. Ini sangat memalukan.

“Saya telah membuat aduan kepada pihak polis mengenai perkara ini agar perbuatan tersebut tidak berulang.

“Noordin datang ke Itali untuk meningkatkan mutu bola sepak kita, termasuk golongan belia. Sepatutnya insiden seperti itu tidak berlaku,” katanya kepada www.barinelpallone.it sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan Bari menang 1-0.

Mengulas lanjut, Paparesta me­ngakui, dia berasa kagum dengan sikap profesional Ketua Eksekutif baharu Bari, Noordin yang tenang mengharungi detik buruk tersebut.

“Beliau (Noordin) langsung tidak mempedulikan tindakan penyokong tuan rumah, sebaliknya terus memberikan sokongan penuh kepada Bari.

“Malah, Noordin dilihat bersorak dan turut menyanyi bersama kira-kira 2,000 penyokong Bari di sini.

“Saya rasa, beliau telah jatuh cinta dengan penyokong Bari se­bab, ketika perjalanan ke Stadium Cino e Lillo Del Duca, Noordin sanggup berhenti seketika untuk bergambar bersama mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Paparesta menjangkakan Noordin akan kekal di Bari untuk menyaksikan skuad yang diberi jolokan Ayam Jantan itu berdepan Modena di laman sendiri Sabtu ini.

Kemenangan Bari ke atas pasukan di tempat ke-16 itu mengukuhkan kedudukannya di anak tangga ketiga dalam carta Serie B dengan mengumpul 63 mata, sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk bersaing dalam playoff ke Serie A ketika persaingan musim ini berbaki lima perlawanan. Kredit UTUSAN MALAYSIA.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *