Akibat Ikut Kata PAKAR Homebirth. Bayi Kembar Sulung MAUT dan Yang Kedua KRITIKAL !!!

| April 20, 2016 | 0 Comments

Akibat Ikut Kata PAKAR Homebirth. Bayi Kembar Sulung MAUT dan Yang Kedua KRITIKAL !!! | Kami ingin berkongsikan satu cerita yang baru sahaja terjadi di satu pulau dalam kawasan Malaysia. Satu pasangan yang telah mendapat maklumat yg salah (misinformed) telah bertekad untuk menolak sebarang intervensi ketika mengandung dan bersalin. Dan mereka juga merancang untuk melahirkan anak mereka di rumah.

1

Ini sudah tentu merupakan ajaran doula yang tidak tahu ape2 mengenai masalah ibu mengandung. Bagi mereka, semua ibu mengandung tidak akan mempunyai ape2 masalah jika ikut recommendation yg mereka beri. Sedangkan kami sudah banyak kali membongkarkan kes2 teruk melibatkan ibu bapa yg mengikuti ajaran doula yg sesat.

Kita berbalik semula kepada kisah tadi. Ianya bermula apabila ibu tersebut mengandungkan anak kembar (twin pregnancy) utk kandungannya yang pertama kali. Sepanjang awal kandungan tersebut, takde masalah. Sampailah ketika usia kandungan tersebut mencapai 30 minggu, bayi dalam kandungan itu telah di’scan’ oleh doktor pakar dan mendapati salah satu bayi tu lebih kecil drpd pasangannya.

Sedikit penjelasan bahawa bayi itu mgkn mengalami twin to twin transfusion syndrome di mana ianya terjadi pada pasangan bayi yg berkongsi satu placenta. Perkara ini adalah sesuatu yg tidak normal dan mgkn akan meragut nyawa bayi jika tidak dirawat dgn betul.

Pada ketika itu, doktor pakar tersebut memberi cadangan yg sangat bernas iaitu utk memberikan suntikan dexamethasone kpd ibu utk mematangkan paru2 bayi tersebut. Ini kerana mereka risau jika kesihatan bayi di dalam kandungan terjejas, pembedahan mgkn diperlukan utk menyelamatkan pasangan kembar tersebut.

Tetapi dgn mentahnya mereka menolak suntikan itu. Kata suaminya, dia telah solat sunat istikharah dan pilihannya adalah utk menolak suntikan tersebut. Maka baliklah mereka ke rumah atas keputusan yg mereka buat sendiri.

Ketika sampai 30 minggu umur kandungan itu, ibu tersebut mula merasakan contraction. Ianya berlaku semakin kerap dan kuat menandakan ia hendak bersalin. Seharian dia menunggu di rumah tanpa ingin membawa dirinya ke hospital. Sedangkan di hospital, wujudnya ubat yang boleh memberhentikan contraction tersebut. Mgkn dia takut apa2 bahan kimia yg akan disuntik ke dalam dirinya. Padahal ubat yg akan diberi kepada setiap pesakit bergantung kepada keadaan. Inilah ilmu sesat yg telah diajar oleh para doula agar menolak semua intervensi drpd pihak hospital. Katanya ITU SEMUA KIMIA.

Lalu mereka pun membuat keputusan untuk melahirkan bayi2 yg tidak cukup bulan tersebut di rumah tanpa pengawasan perawat kesihatan. Maka, lahirlah anak pertamanya yg tidak cukup bulan itu di rumah dan disambut oleh ayahnya. Pembaca perlu tahu bahawa bayi yg tidak cukup bulan tidak mempunyai paru2 yg matang. Maka, bayi yg lahir itu tidak mampu utk bernafas secara normal dan akhirnya menyebabkan kematian bayi tersebut

Betul, kematian bayi itu disaksikan oleh ibubapa itu sendiri tanpa berbuat apa2. Bagi saya, ibubapa itu sendiri yg menjadi pembunuh bayi tersebut. Kejam bukan. Inilah kesesatan yg dibawa oleh golongan yg sesat sampai nyawa anak sendiri disia-siakan tanpa mereka sedari

Dan ketika cuba utk melahirkan pasangan kembar yg kedua pula, mereka mempunyai masalah utk melahirkannya. Disebabkan kematian anak yg pertama + masalah tersebut, maka baru mereka tersedar utk pergi ke hospital meminta pertolongan.

Syukur pasangan kembar yg kedua itu boleh lahir secara normal dan sempat diberi bantuan pernafasan. Tiub pernafasan dimasukkan ke dalam paru2 disebabkan bayi tersebut tidak mempunyai paru2 yg matang. Sebagai tambahan, dia juga terpaksa dibawa menaiki bot dan merentasi laut utk dihantar ke hospital yang mempunyai kelengkapan NICU yg cukup. Sekarang ini, bayi tersebut masih lagi berada dalam NICU utk rawatan selanjutnya.

Bila ditanyakan kepada suaminya kenapa buat begini, dia menyatakan yg dia telah solat sunat istikharah dan yakin dgn pilihannya.

Iaitu pilihan untuk lahir di rumah hingga membunuh anaknya itu.

Kami pasti golongan doula dan yg sama waktu dgnnya tidak akan langsung menceritakan kisah ini kepada anak murid mereka utk mengekalkan positive vibes kumpulan mereka yg semakin lama membawa umat ke arah kesesatan.

Terpulanglah kepada pembaca utk memilih pilihan yg membawa mudharat ataupun yg menyelamatkan.

Kami cuma menyampaikan sahaja. -Doktor Paracetamol- via FB Pseudoscience Watch

P.S. 1 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , ,

Category: Kesihatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *