Keluarga NAFI Murid 7 Tahun Dipatuk Ular “HIDUP SEMULA” Seperti Tersebar di WhatsApp !!!

| April 19, 2016 | 0 Comments

Keluarga NAFI Murid 7 Tahun Dipatuk Ular “HIDUP SEMULA” Seperti Tersebar di WhatsApp !!! | Heboh di group whatsapp satu Malaysia apabila menerima berita mengatakan yang murid perempuan yang dipatuk ular di Pengkalan Chepa hidup semula.

1

Bagaimanapun, keluarga murid Tahun Satu, Nuri Nadirah Ruslan, yang meninggal dunia dipercayai dipatuk ular pagi tadi, menafikan kanak-kanak itu ‘hidup semula’. Ibunya, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, bagaimanapun mengakui anaknya kelihatan seolah-olah tersedak ketika proses memandikannya petang tadi dan perkara itu kemudian disebarkan.

“Perkara yang diviralkan sejak jam 9 malam tadi yang mendakwa Nuri Nadirah tersedar dan memegang tangan saya tidak benar sama sekali.

“Namun, bagi memuaskan hati keluarga, jenazah Nuri Nadirah yang sepatutnya dikebumikan malam tadi ditangguh kepada pagi esok.

BERITA DARI WHATSAPP

Dgr cite budak ni x meninggal. Hidup semula semasa nk dimandikan. Wallahualam.

[9:54PM, 4/19/2016] +60 13-983 2124: Jenazah bergerak masa sedang nak mandi tadi…oramg kampung gi blako tu…sepatutnya kebumi lepas isya…tangguh dulu
[9:54PM, 4/19/2016] +60 13-983 2124: Ni berlaku sakni dr saing….psl murid tu…
[9:54PM, 4/19/2016] +60 13-983 2124: Kemungkinn blm meninggal ….wallahua’lam….pk hem kkoloh murid tu ado ssano
[9:54PM, 4/19/2016] +60 13-983 2124: Tgn si ank msh bergerak n ayah n ibu berbisik ditelinga si anak….org ramai sdg bc yassin….ppakat doa blako agar anak dpt bernafas semula. Makluman terkini…bdk td dr sahkan meninggal dunia jam 10.15pm, dia bergerak sbb tindakbalas otak masih berfungsi…simpan esok..Innalillahiwainnailaihirojiun

“Pada masa sama, kami juga menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional supaya dapat memuaskan hati ahli keluarga.

“Saya minta semua pihak hentikan sebar maklumat yang tidak betul,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Buaya, di sini, sebentar tadi.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, dipercayai dipatuk ular ketika waktu rehat kira-kira jam 9.30 pagi. Mangsa bagaimanapun dikatakan sempat meneruskan pembelajaran lebih satu jam sebelum guru melihat kanak-kanak itu pengsan di tempat duduknya kira-kira jam 11 pagi.

Mangsa yang dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan jam 12.30 tengah hari, sebelum pengesahan kedua kematian mangsa dibuat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, berkata pihaknya memandang serius maklumat yang diviralkan dan akan menyiasat sekiranya keluarga membuat laporan polis. KREDIT BERITA HARIAN.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *