Dipikat Lelaki Sama TIGA TAHUN, Rupa-rupanya Gadis Ini Hanya DIPERMAINKAN !!!

| July 3, 2016 | 0 Comments

Dipikat Lelaki Sama TIGA TAHUN, Rupa-rupanya Gadis Ini Hanya DIPERMAINKAN !!! | Aku pernah ada pengalaman hampir dibunuh oleh seorang lelaki. Sejak dari peristiwa itu aku memang agak alergik dengan lelaki. Rasa macam tak selamat kalau jumpa mana mana lelaki. Ayah aku satu-satunya lelaki yang aku percaya dalam hidup.

1

Perangai alergik aku ini terbawa bawa sampailah aku masuk universiti. Seboleh mungkin aku akan elak untuk bergaul apatah lagi berkomunikasi dengan mana mana lelaki. Sampaikan ada orang yang label aku stok baik. Sedangkan hakikatnya aku alergik dengan lelaki.

Sampailah satu hari semasa tahun pertama pengajian ada seorang lelaki mesej Facebook aku. Aku tak tahu macam mana dia boleh jumpa Facebook aku. Sebab Facebook aku hanya untuk kawan kawan perempuan. Dia mesej katanya dia kenal aku melalui kawan dia. Dia kata ikhlas nak kawan dengan aku. Katanya dia tengah mencari calon isteri. Aku memang sah-sah tak layan.

Masuk tahun kedua. Sekali lagi dia mesej. Ulang ayat yang sama. Aku memang tak layan lagi. Sampailah masuk tahun terakhir. Kali ini dia mesej aku. Ayat yang masih sama. Melihat pada kesungguhan dia aku buat istikharah. Tapi aku tak dapat apa apa petunjuk.

Aku cuba selidik latar belakang dia melalui kawan aku. Dia budak baik. Stok surau. Budak pengajian agama. Aku intip Facebook dia pun semua yang baik-baik. Dengan lafaz bismillah. Aku balas mesej dia buat kali pertama. Aku cakap kalau betul dia serius minta dia untuk datang jumpa keluarga aku. Selepas itu dia terus senyap.

Seminggu kemudian. Dia minta gambar aku untuk tunjuk pada keluarga dia. Aku dah bagi amaran awal-awal. Aku cakap aku ini pendek, gemok dan hitam-hitam manis. Dia kata tak apa. Dia tak memandang rupa. Dia terima aku seadanya. Selepas aku hantar gambar sekeping. Sekali lagi dia senyap.

Sampailah tiba minggu belajar semester kedua akhir. Tiba tiba dia mesej aku katanya nak datang rumah merisik. Aku cakap kat dia aku tengah minggu ulangkaji. Minta dia datang selepas aku habis peperiksaan. Tapi dia kata hanya itu sahaja masa yang keluarga dia ada. Dia minta aku pulang ke rumah sebab nak tengok jumpa aku secara bersemuka.

Aku nak tak nak beritahu keluarga dan segera pulang ke rumah. Pagi itu dia datang dengan keluarga. Terkejut aku. Dia datang dengan deretan kereta Mercedes. Rupa rupanya dia dari keluarga yang berada. Aku jadi segan. Sebab aku dari keluarga yang sederhana sahaja. Rumah kayu beratap zink.

Tapi Alhamdulillah. Sesi merisik berlalu secara sederhana. Dia minta untuk kahwin dalam masa tiga bulan. Tapi aku cakap yang aku nak habiskan semester terakhir aku dahulu. Jadi kami putuskan untuk bertunang dahulu.

Aku ingin langit cerah sampai ke petang.

Tiba tiba lagi dua minggu nak bertunang dia mesej aku. Katanya ada perkara penting nak berbincang. Aku yang tengah kalut-kalut dengan FYP luangkan sedikit masa. Aku terkejut bila dia beritahu nak batalkan pertunangan. Aku kata kenapa tiba-tiba. Dia bagi alasan tak bersedia. Aku cuba pujuk dia jangan batalkan sebab aku fikir keluarga aku. Macam mana aku nak beritahu keluarga aku. Aku teringat betapa gembira hati ibu bapa aku bila aku beritahu aku dah belajar untuk buka hati terima lelaki dalam hidup. Bincang pun bincang, akhirnya kami setuju untuk tangguhkan dahulu pertunangan.

Sejak itu aku makin perasan yang dia semakin berubah. Dia banyak menyentuh bab-bab fizikal aku.

“Awak ni gemuklah.”

“Cubalah lawa sikit.”

“Awak ni makan banyak ”

“Awak tahu tak saya ni tinggi. Awak tu pendek. Nanti berdiri awak dekat ketiak saya saja.”

Mula mula aku terasa hati juga. Tapi aku cuba ambil positif. Aku cuba berdiet. Aku cuba pakai produk-produk kecantikan. Aku belajar pakai tumit tinggi. Aku beli baju cantik-cantik. Semuanya demi dia.

Dua bulan selepas itu. Masa aku tengah kalut kalut persiapan untuk viva. Dia mesej aku. Katanya dia bermimpi bekas kekasih dia. Dia ceritakan pasal bekas kekasih dia yang ayu sopan santun tinggi kurus. Memang kontra habis dengan aku. Masa ini hati aku betul-betul terasa. Tak ada wanita suka dibandingkan. Aku jadi tawar hati.

Aku tanya dia kenapa tiba-tiba cerita semua benda ni pada aku. Siapa aku pada dia. Aku ingat dia betul-betul bersungguh sebab dia mendekati aku 3 kali. 4 tahun pulak tu. Tapi jawapan dia mudah saja.

“Awak ni nothing. Saya dulu cuba pikat awak pun sebab kawan saya cakap awak ni jual mahal dengan lelaki. Lagipun saya kawan dengan awak untuk hilangkan bosan saya. Dan saya pun tak tahu siapa awak pada saya. Saya tak sanggup jadi menantu ayah awak. Elok rasanya awak cari orang yang sekufu dengan awak.”

Masa itu hati aku betul-betul hancur. Aku rasa maruah aku dipijak-pijak. Tapi setitik air mata pun tak jatuh. Sebab aku dah janji dengan diri sendiri tak akan menangis untuk cinta manusia.

“Terima kasih untuk segala galanya. Minta maaf sebab saya tak memenuhi citarasa awak. Saya doakan semoga awak sentiasa bahagia. “

Lepas aku balas mesej dia. Aku sekat nombor dia. Aku buang semua tentang diri dia. Aku beritahu keluarga. Dan aku memang fokus pada viva aku yang berbaki lagi beberapa hari. Aku buat-buat okay depan semua orang. Mujur kawan kawan tak tahu pasal pertunangan aku.

Cuma yang aku sedih bila malam sebelum viva tiba tiba adik dia hubungi aku marah-marah aku. Katanya kenapa buat abangnya macam itu? Aku tak tahu apa yang dia beritahu pada keluarganya. Dan aku pun tak nak ambil tahu. Aku cuma telan kemarahan adik dia.

Sampailah keesokan harinya selepas aku viva aku terjumpa kata-kata ini:

“Kalau tak ada bahu untuk bersandar. Kita masih ada dahi untuk bersujud ”

Aku cepat cepat ambil wudhuk dan solat sunat. Selepas solat aku menangis semahu mahunya. Aku tak sedar macam mana aku boleh menangis. Mungkin sebab aku pendam seorang diri. Perit tapi aku rasa lega sangat-sangat selepas menangis.

Sejak hari tuh aku jadikan solat sebagai terapi aku. Asal rasa lemah aku solat. Asal rasa tak tenang aku solat. Perlahan-lahan aku bangkit balik. Aku belajar join Usrah. Belajar terlibat dengan kerja-kerja kebajikan. Aku gembira bila tengok orang lain gembira. Aku pun start buat Perniagaan kecil kecilan selepas habis belajar.

Sampailah satu hari. Kak Naqibat aku ada sentuh pasal isu maaf dan memaafkan. Katanya:

” kadang kadang kita maafkan seseorang bukan sebab kita kuat. Tapi sebab kita nak hati kita tenang. Kita nak balik pada Allah dalam hati yang tenangkan? “

Aku tersentap. Tipulah kalau aku boleh maafkan ‘dia’. Aku tak kisah sebenarnya aku tak jadi bertunang dengan dia. Aku bersyukur sekurang kurangnya benda ini terjadi sebelum aku kahwin dengan dia. Cumanya aku terkilan dengan kata-kata dia. Perbuatan dia.

Perlahan-lahan aku belajar memaafkan dia. Perlahan-lahan aku belajar untuk reda. Sebelum ini bukan aku tak reda. Cumanya aku sibukkan diri aku dengan harapan untuk lupakan semua yang terjadi. Tapi aku silap. Makin aku cuba lupakan makin aku rasa sakit. Dan bila aku dah belajar maafkan. Aku dapat rasa satu ketenangan yang tak dapat aku gambarkan.

Dan mungkin Allah nak uji aku. Tiba-tiba lima bulan selepas itu aku dapat satu kad jemputan kahwin dari dia. Aku pun tak tahu kenapa dia hantar kad kahwin tersebut pada aku. Sehinggalah pada hari perkahwinannya baru aku tahu rupa rupanya pengantin perempuan itu adalah rakan sekelas pada kawan baik aku semenjak kecil. Alahai kecilnya dunia.

Alhamdulillah. Setahun dah berlalu. Perniagaan aku makin berkembang maju. Aku pun dah semakin kuat. Berat badan aku pun dah makin berkurang. Kulit aku pun dah semakin ok. Cumanya aku tak mampu buat apa apa dengan ‘ketinggian’aku.

Tipulah aku tak kecewa dengan semua yang terjadi. Tapi aku bersyukur Allah uji aku sebegini. Hikmah dari ujian ini aku mulai rapat dengan Allah. Rapat dengan al-Quran. Dan belajar untuk jangan mudah menilai manusia pada luaran.

Cumanya aku tak tahu bila aku akan buka balik hati aku. Atau mungkin tak akan terbuka sampai bila bila. Sebab aku dah cukup selesa sebegini. Ada perniagaan untuk tampung keluarga. Ada sahabat usrah yang sentiasa ingatkan aku tentang perkara perkara kebaikan. Ada keluarga yang sentiasa ada dengan aku susah dan senang.

Doakan aku dapat bawa ibu bapa dan keluarga aku menunaikan haji ke Makkah ya semua. KREDIT IIUM via AMAZINGNAR.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

Tags: , , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *