Raya 2016. Ibu Bapa Meninggal Dunia. Kakak2 Dan Abang2 Tinggalkan Aku Keseorangan…..

| July 8, 2016 | 23 Comments

Raya 2016. Ibu Bapa Meninggal Dunia. Kakak2 Dan Abang2 Tinggalkan Aku Keseorangan….. | 2008, tahun terakhir sy betul2 menyambut raya. Sy yg ketika itu berusia 10tahun, sdg bermain bunga api di luar rumah brsama abg sy yg ktika itu brusia 17 tahun. Kakak sulung saya & ibu sy sdg memasak di dapur. Kakak kedua sy & abg ketiga sy sdg mengemas rumah. manakala ayah sy sdg di masjid pada malam raya. 1 Syawal, kami adik beradik bising berebut bilik air, beratur utk iron baju & sama2 jalan kaki utk solat raya. Bermaaf-maafan, posing sana, posing sini. riuh rendah sekali Aidilfitri kami masa itu.

1

Sampailah, Ogos 2009, ayah saya kembali ke RahmatuAllah akibat dilanggar oleh Mat Rempit semasa ayah saya dlm perjalanan ke Masjid.
Tahun tu, Aidilfitri kami, disambut sederhana.

2010, kedua2 kakak saya berkahwin.

Aidilfitri 2010, hanya ada sy, abg2 sy dan mak sy dirumah. Sy mula mngambil alih tugas2 kakak2 sy di usia 12 tahun.
2011, abg2 sy berkahwin.

Aidilfitri 2011, hanya ada sy&ibu sy. Kakak2 abg2 sy beraya di rumah mentua masing2 kerana di sana lebih meriah & mmrlukan bnyk tenaga kerja.

Malam raya kami brdua, kosong. Hanya kendengaran sayup2 takbir raya. Ibu sy hanya masak rendang, utk ceriakan hati sy katanya. Pagi raya kami brdua hanya solat raya dan mnziarahi sanak saudara. Tapi sy msih brsyukur masih ada ibu sy utk menemani sy mnymbut lebaran utk Aidilfitri 2011,2012,&2013.

Ramadhan 2014, Al-fatihah buat ibu sy.
Pergi.
Berpindah ke alam lain.
Jiwa sy kosong, hati sy kosong. Rasanya bagai hnya ada udara dlm badan sy.

Aidilfitri 2014, sy yg ketika itu brusia 16 tahun hanya mnyambut malam raya dgn tangisan.

Bukak fb, potret raya keluarga. scroll ke bawah, masih lagi dgn potret raya keluarga. Harapnya itu keluarga saya, namun tidak. Tak mungkin sy mmpu untuk meng’upload’ potret raya keluarga saya. kerana pastinya, hanya ada sy di situ. Panggilan telefon dari kakak2 & abg2 sy yg sdg beraya jauh dari rumah sy, sy abaikan. Harapnya itu panggilan dri ibu& ayah sy, supaya sy dpt mngadu tentang kakak2 & abg2 sy yg tinggalkan sy, supaya sy dpt mengadu tntg sunyinya rumah ni tnpa mereka brdua, supaya sy dpt memujuk mereka utk kembali brsama sy & supaya mereka tahu rindunya sy kepada mereka. namun harapan tinggal harapan.

Aidilfitri 2015, juga sama, hanya ada hidangan air mata buat sy.

Aidilfitri 2016, sekarang sy seorang pelajar ipta. Bila semua roommates sy mula packing baju utk balik, sy rasa kosong. sy trpksa balik juga.

smpai je di rumah, ksunyian rumah itu smpai membingit telinga saya. tiada apa2 yg berubah. masih tiada ibu ayah sy yg berada di pintu utk mnyambut sy. masih tiada kakak2 sy yg akan hiaskan diri sy, masih tiada abg2 sy yg akan mengajak sy bermain bunga api. hanya sebuah rumah besar yg kosong. sekosong jiwa sy.

macam biasa, facebook&instagram menemani sy. dpt lihat yg lain beraya dgn kluarga msing2 pun dh menggembirakan sy. dgn gmbr2 itu, sy dpt bygkan kalau semua kluarga sy brkumpul. pasti meriah. pasti bnyk crita yg didengar. sy bru berusia 18 tahun, sy tktahu, mmpukah sy utk mlalui alam dewasa bersendirian. indahnya kalau sy dpt mmbasuh pinggan yg brtambun di dlm sinki pda hri raya, kerana itu brmakna, msih ada yg sggup beraya dgn sy. Hargailah masa awak2 semua dpt peluang basuh pinggan di hari raya, dpt peluang kerja keras di hari raya, kerana siapa tahu, awk jdi macam sy. hari raya hnyalah solat raya. selebihnya hanya di kubur, dan air mata. – Chiqah. KREDIT IIUM.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

Tags: , , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Comments (23)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Mohd azli abd rahman says:

    Meh sini saya jadikan adik angkat saya ..insyaallah akan datang sinar aidilfitri selagi kita redha n tawakkal dalam menuju sisa sisa kehidupan nie.,

  2. mae says:

    Camne bole masuk ipta ketika ayah/ibu dan abang/kakak tak peduli ? Cer citer sikit.

  3. fatin says:

    Assalamualaikum,cmne ye sy blh dptkan no budak ni

  4. azrai says:

    Ya Allah… semoga tabah hadapi ujian…

  5. Anisa says:

    Adik…insha Allah ada sinar dalam kehidupan adik suatu hari nanti. Cuma jangan lelah berdoa pada Allah swt..hanya kpd Dia tempat kita meminta..

  6. Haslina Mohamed says:

    Semoga adik tabah dgn ujian ini…adik mampu hadapi dan adik org yg btuah utk hadapi ujiannya…

    • Servinther kaur says:

      Bukan u seorang jer adik … yang ada semua sekali pun sama macam u … family2 sekarang tak pedulI …. bila raya jer atau cuti tak pun datang ziarah mahupun ajak…. semua ada hal masing2 … kekadang kalau kita miskin saudara lain yang kaya takde yang jemput pun untuk perkahwinan abang saudara… sampai kena dengar dari yang lain yang saudara kita nak naik pelamin .. sakit hati sebab ada yang golongan dipigirkan sepertI kita…. ini lah hakikatnya ramai yang tua pun lupa nak kumpulkan semua atau Cuba eratkan semula hubungan semua …. bila saya Cuba buka family whatsapp tiada siapa pun share apa2 hanya saya yang buat bunyi di situ .. akhir sekaLi saya keluarkan semua Dan tutup group tetapi tetap sama tiada apa pun sesiapa peduli. .. sedih tapi benar hidup kita sunyi sangat

  7. mohd fadly says:

    sedih saya membaca kisah awak….semoga Allah limpahkan berkat dan rahmatnya pada diri awak…di temukan seorang lelaki yang dapat membahagiakan kehidupan awak di dunia dan akhirat…

  8. bakal abang says:

    Apsal tak bagitau awal2. Kita boleh raya sama2

  9. Putera kodok says:

    Bole dpt kn no hp adik ne tk???? Terima kasih

  10. Nursyahirah says:

    Dik..kte senasib..saye takde mak mase umur 5tahun. Takde ayah mase umur 13tahun. Lepas tu akak abg ramai dh kawen. Tiap kali raya mmg rase kosong rase sunyi.. tp sye selalu pesan kt diri saye..sye kene kuat utk terus kan hidup nie..mase depan tgh tgu kte..kte kene usaha lebih..dan sye pesan kt hati ramai lg org yg lagi malang dr kte..kuatkan semangat utk mase dpn. Skng sye baru 22tahun dan masih belajar..kuatkan semangat ye dik

  11. hamba says:

    kawin sudah inshallah ada teman yg setia

  12. jon says:

    dia yg ignore call drpd kakak2 n abang2.. aduhaii

  13. Sarah says:

    Jom raye rumah sy thun dpn.. jd adk bradik kmi. Walaupon xsma prasaannya tp atleast awk ad org bleh pnggil umi.. ayh.. kkk n abg

  14. Ana says:

    Hebatnya ujian,SUBHANALLAH..moga adik tabah hadapi ujian ini..Alhamdulillah , walau kuarga adik x peduli , n mk ahh dah xde Allah x putus2 bg rezeki , Allah permudah urusan hidup adik , dpt bljr tinggi..Subhanallah , Allah Maha Kaya dik

  15. siti hawa ibrahim says:

    Saya seorang ibu berumur 61 bersedia menjadi ibu angkat, insyaallah…..sila msg ke FB ya….

  16. V.PARTHIVAN says:

    hi. god biess u forever,,u just think ur beloved with u forever,,take care

  17. zalimarj says:

    SubhanAllah
    Itulah kehidupan
    Apa pun Allah sentiasa ada bersama org2 yg beriman
    Kuatkan semangat tetapkan iman. Semua yg terjadi adalah kehendakNya..segala ujian ada hikmahnya. Semoga adek tabah menghadapi ujian ini..
    Tq.

  18. eniliza says:

    Assalam dik.
    akak cuba utk x menangis tp akak tewas.
    Bykkn kata2 semangat utk hati mu tabah walaupn x semudah jiwa yg menanggung.
    Akan ada bahagia menanti.ALLAH adalah sebaik2 perancang. Yakin pd-NYA dik. Biarpn terasa lambat in sya ALLAH janji ALLAH itu pasti.

  19. Nur Atira says:

    Tahun 1998 arwah ibu sy meningglkn sy.adik brdk lain sume dh kawen.Tambahan sy tinggal di rmh arwah orgtua pn kne halau oleh kakak2 saya dgn alasan sy sbgai ank bongsu xberhak terima wasiat.Setiapkali raya sy keseorngan,adk brdk lain masing2 sibuk dgn kehidupan sndri.msa tu sy brusia 29tahun dan sy bertemu jodoh ats kehndak abg sy yg sulong.Prkhwinan sy pn xlma jgk dan sy hidup mnjanda slma 5tahun.Sy percya klau kita hidup miskin sedara mara xkn pndang kita lg lain la klau kita kaya bru la dy org akn mngaku adk brdk.Soal tu sy xkisah sbb dh lumrah alam manusia skrg lbh pentingkn keduniaan dr akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *