Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Selalu PUTUS CINTA. Aku Mula Belajar Pondok. Apa Terjadi Seterusnya Amat MENCABAR !!!

| July 15, 2016 | 0 Comments

Selalu PUTUS CINTA. Aku Mula Belajar Pondok. Apa Terjadi Seterusnya Amat MENCABAR !!! | Dulu aku pernah bertepuk sebelah tangan semasa aku di sekolah menengah, masa tu form 4. Memang aku suka gila la kat perempuan ni. Tapi sayang, cinta, suka, dan sayang tu adalah asing asing. Aku sekadar suka sahaja bukan bermakna cinta. Then aku rasa frust gila bila pompuan ni nak buat aku benci dia couple dengan kawan aku, senior kepada aku. Tapi lepas tu putus di akhir tahun tu. Masuk awal form 5 member baik aku pulak masuk line ejas awek yang aku berkenan tu. Mangkuk betul punya budak. Nak je aku sepak member aku sorang ni. Tapi diorang kekal agak lama la berbanding dengan senior aku tu. Kah Kah Kah!

1

Sebab aku frust sangat aku ni cuba cari jalan macam mana nak lupa pompuan ni. Masa form 5 tu jugak la member aku ajak pergi kelas fardhu ain kat kampung aku. Dan Alhamdulillah Allah buka pintu hati aku dan tunjukkan kepada aku jalan yang lebih manis dan cinta yang lebih utama untuk aku kejar, capai dan pegang erat-erat. Tak sangka selama ni aku lalai dengan Tuhan aku sendiri, aku lupa bahawa Allah tu lebih dekat daripada urat leher aku sendiri dan Allah dengki kepada hambanya bila hambanya mencintai perkara lain lebih daripada-Nya.

Start habis SPM tu aku terus menerus pergi belajar dengan ustaz tu dan tiap kali aku belajar tu lah aku rasa lebih manis. Ya. manis dalam berbuat taat kepada Allah. Aku nekad untuk buang cinta makhluk sebelum aku dapat cinta Allah, dan dalam masa yang sama tetiba je ada nombor yang aku tak kenal naik nak kenal dengan aku la dan macam-macam hal la. Dan aku layan kan aje la, tapi sekadar ingin tahu macam mana dapat nombor aku. tu je. Berbagai cubaan aku dapat untuk lemahkan iman aku dan nak cuba buang masa aku. Last-last aku padamkan terus handset aku sehinggalah tiada lagi mesej daripada nombor yang aku tak kenal masuk.

Bila dah habis sekolah ni, semua pakat melanjutkan pelajaran samaada dalam bidang matrikulasi ataupun diploma. Tak kurang jugak dengan aku, aku dapat tawaran belajar daripada beberapa Universiti dan kolej-kolej swasta namun dah nak jadi rezeki, sebelum ni aku ada mintak matrik dan Alhamdulillah aku dapat walaupun aku terpaksa masuk batch yang kedua. Kiranya aku ni sebagai second intake la. Bila tengok surat tu yang aku dapat belajar matrik hanya setahun aku jadi tekad disamping dapat ambik pengalaman ditempat orang lain.

Untuk pengetahuan korang, sebelum dapat tawaran matrik ni aku dah masuk form 6 kemudia berhenti sebab aku dapat tawaran daripada unikL di utara Malaysia. Heee. Tapi last-last tengah buat persiapan nak masuk unikL tu tetiba dapat matrik, jadi haluan aku ditukar 360 darjah. Yang bestnya, aku pon dapat matrik ni di utara Malaysia jugak. Dalam hati ni memang aku tekad gila la untuk pergi belajar dan memang tiada langsung niat kat hati aku untuk cari awek-awek utara ni. Bila niat Lillaahitaala, maka Allah akan permudah urusan tu.

Unexpectedly, bila dah sampai dan mendaftar kat kolej matrikulasi tu aku rasa macam lost gak la. Ye la, engko sorang second intake. Orang lain dah pergi mana ko terkapai-kapai lagi untuk faham minggu yang tertinggal tu. Tapi Allah permudahkan lagi hidup aku kat kolej tu, Allah bagi kefahaman kepada aku untuk faham apa yang lect ajar dan dalam masa yang agak singkat la aku boleh follow balik apa yang diajar dan selain daripada tu Allah bagi kawan yang genius yang selalu bersama aku bila aku lost yang jadi tempat rujukan aku tengah malam time nak exam, yang masuk kelas lambat bersama aku, yang jadi tempat ambik dan layan movie. semua dia. HAHA!

Tapi pandangan aku terhenti pada seorang perempuan ni. Dalam hati aku tetiba je macam kena tumbuk. pedih. Tapi aku tetap biasakan diri dan anggap benda tu sekadar angin lalu sahaja. Selepas tu aku cepat-cepat cuba istighfar dan pohon kepada Allah. Mungkin agak skima kot time tu, aku ingat lagi apa yang aku doa time aku terpandang dia tu,. Aku kata ” Ya Allah, Kalau betullah minah ni jodoh aku maka engkau permudahkanlah. kehkehkeh “. Tup tup, dalam seminggu dua selepas tu masuk nombor dia mesej aku pasal kelas. mula-mula aku tak tahu nombor siapa tapi setelah aku tanya member-member aku yang lain akhirnya aku dapat tahu bahawa tu nombor dia.

Bila dah dapat nombor tu aku mesej je la dengan dia dan boleh kata kitorang baik gak la. Aku dah sampaikan hajat aku nak peristerikan dia tapi sekadar kiasan je la. Aku tak nak terburu-buru sebab aku dah serik masa sekolah menengah tu dahulu. Aku cuma cakap kat dia, “takpe lah awak, kita jadi kawan la dulu.” Jadi dalam masa berkawan tu aku cuba kenal hati budi dia dan untuk pengetahuan korang dia tu merupakan rakyat di negeri tersebut (macam skima la pulak ayat aku). Kira hati dah berkenan la ni. Aku doa lagi, ” Ya Allah, Aku benci perasaan ni Ya Allah, Kalau betul memang dia ditakdirkan untuk aku maka jangan lah kau biarkan aku terus berada dalam keadaan lalai dan hanyut dalam persahabatan ni.”

Dalam masa yang sama jugak dia memang terlibat dengan aktiviti surau di kolej aku tu, jadi aku pon tak nak la menambah fitnah dalam agama aku sendiri. Aku pon ade perkara yang boleh aku layan dan ada perkara yang aku tak boleh layan. Memang aku ada sembunyikan sedikit perasaan sayang kat dia, dan jika berkesempatan aku memang dan ingin luahkan dengan ucapan lafaz lamaran kepada si dia. kahkahkah. Memang kalau boleh nak jadikan isteri terus la. Tapi kesabaran itu penting kan kawan kawan? heee.

Dengan hanya berbekalkan dua sem aku terus maju untuk strive dalam subjek sepanjang sem tu. dan bila tibanya sem akhir aku agak terasa berat la untuk tinggalkan kenangan yang dah tercipta kat kolej tu. Bukan kenangan dengan dia je yang selalu buat aku senyum sorang-sorang time tengah study, tapi kenangan bersama member-member dorm aku yang memang batch second intake dan memang kepala gila-gila pergi fly tengah malam kat luar untuk lepak dengan member-member lain. HAHAHA. Memang zaman matrik aku rasa paling manis dengan sebab ukhuwah member dan dapat kenal culture baru.

Berbalik kepada pompuan tadi tu, sebenarnya dia tu adalah sekelas dengan aku dan tak sangka boleh jumpa dalam kelas tiap-tiap hari. haha. Rasa macam best sangat bila time belajar tu. Ye la, orang yang kita minat ada dalam kelas, semangat pon jadi luar biasa gak kan. hahaha. ok, aku tipu je. Sebenarnya aku banyak rujuk kat member genius aku tu selain daripada dia. Dia ni jadi rujukan aku bila aku terlupa homework je la. Tak nak la layan selalu kalau takde hal. aku pon nak jual mahal gak, takkan la dia sorang je. kikiki. Sebab ustaz aku selalu pesan akan bahaya perempuan ni dan fitnah yang dia bawa jadi aku tetap beringat semoga aku tidak melebihkan dia berbanding Allah.

Jadi selepas final paper untuk last sem tu maka kolej akan buat la satu event iaitu dinner la bang untuk budak-budak sempena meraikan diorang. dan selepas daripada habis dinner tu, keesokkan harinya maka semua berkemas lah untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Maka si dia ni pon baliklah pada pagi hari tu dan aku sempat jugak la tata kat dia (bukan lambai tangan ye. Malu la aku nak lambai.) aku cuma mesej je la. “Jaga diri baik-baik.”. Tak sangka pertemuan tu merupakan detik terindah dalam hidup aku. Dan aku sangat hargai anugerah tersebut dan kepada si dia, dia tetap meneruskan kehidupan dia macam biasa sempena menunggu keputusan kemasukan universiti. Sebelum berlakunya perpisahan ni, aku ada jugak la doa kepada Allah, ” Ya Allah, Jika dia adalah jodoh yang engkau berikan kepada aku maka Engkau jauhkanlah dia daripada hidup aku Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah pemilik segala hati-hati hamba-Mu, Engkau lebih mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui jika benar perasaan ini maka temukan dan satukanlah aku atas nama cinta-Mu Ya Allah, Jagakanlah dirinya, jagakanlah imannya, dan jagakanlah hatinya Ya Allah. Teguhkanlah dan tetapkanlah aku atas mentaati Mu Ya Allah.”

Dan rasanya macam doa tu dimakbulkan. Keputusan UPU diumumkan dan aku dapat melanjutkan pelajaran aku di Timur tanah air dan dia dapat meyambung pengajian di Barat Tanah air. Dalam masa beberapa bulan tu aku tetap teruskan dengan rutin aku pergi mengaji agama di kampung aku supaya aku dapat tambahkan lagi ilmu Ugama aku. Dengan asbab dia jugak lah aku jadi semakin bimbang dek kerana hendak membina masjid tidak cukup dengan ilmu Ugama di sekolah sahaja. jadi aku semakin mencari dan Allah buka pintu hati aku untuk dapat ilmu Ugama lebih lagi InsyaAllah untuk masa depan aku. Dan orang kata jika sayang jangan terlalu kuat pegang kepadanya, takut nanti pecah ditangan kita dan kita turut terluka. Aku semakin kurang mesej dengan dia untuk berikan ruang kepada dia mencari cinta Allah terlebih dahulu dan aku tak nak menjadi asbab rosaknya seorang wanita yang bagi aku dia dapat menjadi wanita hebat dan luar biasa tetapi dirosakkan oleh aku. Mungkin aku hanya bertepuk sebelah tangan dengan wanita ini tetapi aku yakin perancangan Allah tu lebih indah. Tak dapat disini mungkin yang lain sudah menanti. Cuma bagaimana persiapan kita untuk menerima.

Kalau disiarkan dan ade yang berpuas hati dengan tulisan bodoh aku ni mungkin aku akan sambung part dua. Kihkihkih. Part alam Universiti pulak. kekekeke – Pak Akob via IIUM.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Lelaki

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *