Housemate Aku PELIK. Apa Yang Dia Buat Kat Classmate Lelaki Dia Buat Ramai TERPANA !!!

| September 6, 2016 | 2 Comments

Housemate Aku PELIK. Apa Yang Dia Buat Kat Classmate Lelaki Dia Buat Ramai TERPANA !!! | Assalamualaikum wbt. Okay umur aku 20 tahun dan aku ada seorang kawan yang.. lain dari kawan-kawan aku yang lain? Dia tak pelik, cuma bagi aku dia lain.

1

Aku ada kawan baik nama Nayah. Dia bukan ustazah, tapi apa yang dia buat, impress aku dan kawan yang lain. Aku tak pernah dengar dia sebut nama lelaki dekat mulut dia. Susah serius susah. Dah lama aku kawan dengan dia since first year, tak pernah dia kata dia suka kat siapa, lelaki tu sado, lelaki tu handsome, lelaki tu senyum sweet gila, tak semua tu tak pernah.

Lepas tu aku perasan sangat bila cakap dengan lelaki eiter senior, same batch or junior, dia susah betul nak buat eye contact. Aku nampak dia pandang sekilas then dia lari pandang tempat lain nak bercakap. So yang lelaki tu pun akan cari-cari mata Nayah bila nak bercakap. Sebab paling susah nak buat eye contact.

Nayah ni, bukanlah dia kedekut ilmu, tapi aku rasa dia susah sangat nak ajar budak lelaki. Kalau dorang minta dia ajar, mesti macam-macam alasan dia bagi. “Tak ada kawan kau ke yang boleh ajar?” “Cuba tanya budak lelaki lain, mesti ada yang faham topic ni” Nayah nampak trying so hard nak mengelak ajar dorang. Kalau kau lelaki, nak minta dia ajar, peluang tu 1.99% je.

Aku rapat dengan classmates lelaki sebab dorang happening. Dorang selalu tanya aku kenapa Nayah macam tu, dorang ada buat salah ke dan banyak kali dah aku nafikan kata tak ada pun, Nayah memang macam tu. Dorang kata Nayah terlalu lain. Nampak Nayah dengan classmates perempuan happening, banyak cakap tapi bila ada classmate lelaki tegur terus muka dia lain. Bukan muka marah, cuma muka plain, muka biasa.

Korang rasa benda ni akan jadi masalah ke kat Nayah? Sebab dia sangat susah nak bercakap dengan lelaki. Ada this one day, masa tu exam week, paper pukul 10 pagi and aku dah pergi dulu sebab Nayah kata dia pergi lagi 5 or 10 minit sebab perut sakit senggugut. Aku tunggu dia kat kafe sebab nak teman dia breakfast before masuk hall. Tiba-tiba aku dapat call dari Haris (classmate). Dia call kata Nayah jatuh tergolek kat bumper jalan area tempat melintas jalan, dia suruh aku datang sekarang tengok Nayah ni. Bila aku sampai aku nampak Nayah ni tengah terkedek nak bangun, bangun sendiri pula tu! Haris ni dengan classmate lelaki aku tengok je Nayah bangun sambil kata “Nayah kau boleh tk ni kalau tk boleh kau tunggu jap Hani nak sampai dah” Masa tu dorang tak perasan aku.

Taktau kenapa tapi aku rasa angin semacam. Tahap Nayah ni over sampai dah jatuh tergolek macam tu pun tak boleh nak bagi dorang tolong. Okey aku tahu aku salah. Aku datang je kat dia aku tarik tangan lepas tu memang aku marah. Dah tahu senggugut nak try bangun sendiri lepas jatuh. Kau tahu dia jawab apa? Gelak then “jom aku belanja korang nasi lemak”. Aku nampak dia picit-picit perut, aku tahu sakit, tapi aku buat taktau je. Biar dia

Banyak lagi benda yang aku nampak Nayah ni berusaha betul nak elak dari lelaki tolong dia or dia kena mengharapkan lelaki. Eish lupa pula! Nayah ada suruh aku sampaikan maaf kat classmates aku yang nak tolong dia hari tu. Nasi lemak tu tanda maaf atas kesombongan dia (sebenarnya bukan sombong, dia memang macam tu, pelik)

Belum lagi kira ada group project. Allah, Nayah Nayah. Sabar jelah aku tengok kau ni. Tapi dia ni tak delah tahap kau lelaki susah sangat nak bercakap dengan dia, cuma kalau ada keperluan tu, dia tolerate lah. Nonetheless, aku sememangnya sayang Nayah. Dia kalau nasihat aku, tak pernah nak buat aku sentap. Dia cuba susun ayat bagi aku senang hadam. Selalu ajak aku solat awal. Aku nak nangis pula bila cerita part ni. Sebab Nayah memang sahabat syurga aku.

Cuma aku perlukan pendapat, bagi korang Nayah ni okey ke buat macam tu kat lelaki? Kalau tk okey, aku nak tegur dia. For the good sake.. – Hani via IIUM.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Iamunknown says:

    Terbaek 👍👍.. Taniah nayah sbb jg btsn antara lelaki n puan.. Tp jgn smpai x berckp.. Xleh juga tu.. Huhuhu

  2. CahayaAhliSyurga says:

    Nayah bukan pelik or lain. Tp dy jaga batas. Ssh nk jmpa org mcm nayah skrng ni. Be happy dpt kwn mcm nayah 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *