Kepala Momo Tersangkut Kat Celah Tayar Basikal. Aku Ambil Bela Tapi Rupa2nya Dia Adalah…..

| September 25, 2016 | 0 Comments

Kepala Momo Tersangkut Kat Celah Tayar Basikal. Aku Ambil Bela Tapi Rupa2nya Dia Adalah….. | Kat sini aku terpanggil pulak nak kongsi tentang murah rezeki bila bela kucing. Ni dari pengalaman sendiri lah. Kalau aku je yang rasa mcm ni tak taulah.

1

Aku perasan benda ni dah lama. Aku memang jenis suka kutip kucing yang kat tepi tepi jalan.. dekat kedai makan, kucing kucing jalanan tu semua aku kutip bawak balik runah, bagi makan. Aku tak pernah beli kucing kucing mahal, sebab tak mampu.. hehe. Boleh dikatakan pada satu masa bilangan kucing yang aku kutip boleh mencecah 29 ekor. Tapi kat rumahla.. Kat asrama takde pulak aku nak bela smpai berpuluh puluh ekor.

Nak dijadikan cerita, masa zaman belajar aku ada kutip kucing sekor ni bela dalam bilik. Kesian si comel tu kepala dia tersangkut dekat celah tayar basikal. Macam mana boleh tersangkut aku pun tak tau. So aku selamatkan dan bela dia. Bagi dia nama Momo. Masa belajar biasalah elaun kadang kadang datang lambat. Nak mintak duit dengan mak ayah selalu pun rasa segan. Duit pulak banyak guna beli bahan bahan bacaan dan untuk mengajar, praktikal dan sebagainya, memandangkan aku belajar di sebuah maktab.

Tetapi, walaupun kekadang duit aku selalu short, tapi perut aku tak pernah kosong. Setiap hari macam ade je rezeki aku. Ada member belanja makan la, lecturer buat pot luck la, jamuan tu la, ni lah, ada makcik sedekah bubur lah, kawan tetiba buat birthday party la, macam macam lagi. Semua dalam bentuk makanan. Kadang kadang aku pernah sampai tahap risau sebab takde duit nak bagi makan si Momo ni sebab dalam keadaan tak berduit kan makanan kucing agk mahal. Jadi biasanya aku akan beli nasi dan kongsi aje dengan Momo. Bukan dia makan banyak pun.

Masa tu aku tak sedar sangat. Tapi bila sampai satu masa, ada seminggu berturut turut aku dapat makanan free, kawan aku pun tetiba cakap.. “Mungkin sebab Momo kot. Kau dh selamatkan dia, selalu bagi dia makan, jadi dia selalu doakan kau.” Aku terkedu. Boleh jadi. Boleh jadi rezeki aku murah sebab aku bersedekah kepada haiwan kesayangan nabi. Tak kisahla rezeki dalam bentuk makanan pun, yang penting aku tak kebulur. Hihi. Sedekah bukan dalam bentuk duit sahaja kawan kawan. Sedekah dalam bentuk makanan pun boleh. Tak semestinya kena bagi dekat manusia. Sedekah untuk haiwan pon boleh.. murah rezeki kita nanti.

Ni pun aku tengah kutip sekor lagi kucing kat tepi jalan. Kaki dia tempang kena gigit. Doakan Jojo cepat sembuh. Mana tau Jojo doakan aku cepat dapat jodoh plak. Ok gurau. Kbai.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *