Saya Tak Kira Saya Nak Wad Kelas 1. Saya Penjawat Awam Gred TINGGI Kau Tau Tak Doktor” !!!

| September 13, 2016 | 4 Comments

Saya Tak Kira Saya Nak Wad Kelas 1. Saya Penjawat Awam Gred TINGGI Kau Tau Tak Doktor” !!! | Seperti yang diceritakan oleh doktor pakar kecemasan di Hospital Melaka. Dr Abdul Rahman Abdul Kadir. Memang betul. Inilah yang terjadi sebenarnya. Sangat betul.

1

Doc: Isteri Tuan perlu dimasukkan ke wad kerana jangkitan paru2.

Waris: Saya mahukan wad kelas 1. Saya penjawat awam gred **. Tolong jangan masukkan ke wad biasa.

Doc: Tapi Tuan…keadaan isteri tuan masih tidak stabil untuk dirawat di wad kelas 1. Dia memerlukan pemantauan rapi pada ketika ini sedangkan wad kelas 1 hanya kami tempatkan pesakit stabil. Masuklah dahulu ke wad biasa dan kami akan aturkan untuk masuk ke wad kelas 1 apabila keadaan isteri tuan semakin stabil.

Waris: Saya tak peduli. Kelayakan saya adalah wad kelas 1. Takpe…saya akan telefon Pengarah kamu.

**************************

Senario di atas amat biasa di jabatan kecemasan hospital kerajaan. Apabila tidak dapat apa yang diminta, mereka menyangka staf jabatan kecemasan sengaja menafikan hak mereka dan mula marah2.

Sebenarnya, di hospital kerajaan…tidak perlu kisah sangat tentang wad kelas mana. Rawatan untuk wad kelas 1,2 atau 3 adalah SAMA.

Perlu ingat yang wad kelas 1 mmg tidak banyak biliknya di mana2 hospital kerajaan. Dan kelayakan bagi wad kelas 1A (1 katil sebilik) ditetapkan oleh kerajaan utk gred 45 dan ke atas. Bagi bilik kelas 1C (2 katil sebilik) pun kelayakannya adalah untuk gred 31 hingga 44. Jadi begitu ramai yang layak untuk dapat wad2 kelas 1 ini sedangkan jumlah biliknya adalah terhad.

Juga, kes2 yang dibenarkan masuk ke wad kelas 1 adalah kes2 stabil yang tidak memerlukan pemantauan kerap. Kebanyakan doktor oncall dan staf2 bertugas akan ditempatkan di wad biasa yang menerima kes2 fresh yang tidak stabil. Oleh itu, pemantauan adalah lebih rapi di wad biasa sebenarnya. Hanya apabila pesakit2 telah distabilkan pada hari ke 2 atau 3, mereka akan di pindahkan ke wad kelas 1 (jika layak) setelah mendapat keizinan pakar yang merawat.

Jadi apabila anda minta kelas 1 dan dimaklumkan tiada kekosongan, terimalah dengan hati yang terbuka. Masuk dulu wad dan kemudian akan diusahakan katil yg bersesuaian dengan kelayakan anda.

Anda perlu ingat bahawa masih ada orang lain yg lebih tinggi kelayakannya dari anda.

Saya adalah seorang doktor pakar dan sudah semestinya kelayakan saya adalah bagi wad kelas 1A. Namun apabila isteri saya hendak bersalin, tidak ada kekosongan wad kelas 1A.
Relax saja kami terima wad biasa. Isteri saya lagi seronok duduk di sana kerana dia dapat berbual dan berkawan dengan pesakit2 lain.

Kami tak desak supaya diadakan juga wad kelas 1 seperti yang kami layak sebab memahami kesesakan hospital. Rawatan dan makanannya pun tidak ada bezanya.

Sedangkan yang mengisi wad 1A itu pada ketika itu adalah orang yang gred gajinya lebih rendah dari saya.

Kakitangan awam berjawatan tinggi perlu bersikap marhaen. Birokrasi melampau sesetengah kakitangan awam yang membuatkan rakyat meluat. KREDIT FB DR ABDUL RAHMAD ABDUL KADIR.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , ,

Category: Sosial

About the Author ()

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Farid says:

    Bagi saya tak perlu wad kelas 1, cuma layanan mestilah kelas 1 walaupun di wad2 biasa…

  2. mawar kassim says:

    saya pun x kisah wad mna2 tp saya kisah jika saya d tempatkan kat lantai beralaskan tilam sepital lepas bsalin

  3. zawawi says:

    Ni isolated kes. Very mininal. Bukn semua pnjawat awam brsikap sedmikian. Jwpn farid tepat. Wad tk kisah brapa layanan dn prkhidmatan shd be first class. Ok.

  4. RN RMN says:

    wad kelas mana pun tapi kalau dah kelayakan tersebut 1 kena berikan atau turun satu kelas iaiti kelas 2. Ni tidak.. keas 1 diberikan kepada warga asing sebab banyak duit dibayar. lagi
    marah dari wad kelas 1 (3 katil) diberikan kelas 3 di HKL. Kalau wad Kelas 2 tak apa la juga kot. Macam bini doktor tu, kenape tidak di letak bini doktor dikelas 3 kalau nak tunjuk bagus sangat.

    Munkin Doktor dan orang yang berkelayakan tidak tahu sebenar ada Rujuk Pekeliling Perkhidmatan bil 21 tahun 2009. Perintah Am Bab F Tahun 1974 menetapkan bahawa pegawai dan
    pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta ahli
    keluarga mereka yang berkelayakan adalah layak diberi kemudahan perubatan
    percuma di hospital/ klinik Kerajaan. Walau bagaimanapun, sekiranya
    kemudahan perubatan yang diperlukan oleh seseorang pegawai atau pesara
    Perkhidmatan Awam Persekutuan atau ahli keluarga mereka yang berkelayakan
    tidak dapat diperolehi di hospital/ klinik Kerajaan, kemudahan perubatan
    tersebut boleh diperolehi di hospital/ klinik/ agensi swasta atas tanggungan
    Kerajaan tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-
    peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan
    Bilangan 4 Tahun 2001 (PP Bil. 4/2001).

    Di samping itu, Kerajaan juga telah bersetuju supaya beberapa
    kemudahan rawatan perubatan tertentu yang diperuntukkan kepada pegawai
    dan ahli keluarga yang berkelayakan dipanjangkan kepada ibu bapa yang sah
    (legal parents). Penjelasan mengenai jenis-jenis rawatan perubatan yang
    dibenarkan, peraturan serta kaedah pelaksanaan kemudahan rawatan perubatan
    kepada ibu bapa pegawai adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1993 (SPP Bil. 1/1993).

    kalau tak percaya. lihat la siapa yang duduk di wad kelas 1. Orang luar yang berduit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *