Selepas Je Dapat Lesen Memandu… Korang Mesti TERKEJUT Apa Yang Mak Aku Buat !!!

| September 5, 2016 | 1 Comment

Selepas Je Dapat Lesen Memandu… Korang Mesti TERKEJUT Apa Yang Mak Aku Buat !!! | Sebelum saya mulakan cerita, saya ingin minta maaf pada semua jika penulisan ni mengguris hati mana2 pihak. Saya kenalkan diri sebagai kak Ja.. Kak Ja nak cerita sedikit pasal ibu Kak Ja yang berjiwa budak 15 tahun.

1

Kami dalam family semua ada 5 orang adik beradik dan semua perempuan. Dulu masa Kak Ja kecik2 sampai belasan tahun ibu Kak Ja macam ibu-ibu normal yang lain. Seorang ibu dan isteri mithali. Bangun subuh kejut anak2 solat subuh dan sediakan sarapan kepada kami sebelum pergi sekolah. Malam2 ibu Kak Ja ajar kami mengaji, ajar cara solat yang betul, perbaiki bacaan, bab kata semua dia jaga la.

Ibu Kak Ja mula berubah bila dia dapat lesen memandu. Takde la berubah secara drastic, tapi perlahan-lahan dia makin berubah. Masa tu kalau tak salah Kak Ja dalam tingkatan dua. Dia mula keluar, mula ada kawan baru, dengan jiran2 dah tak geng sebab jiran2 selalu mengumpat ibu Kak Ja. Biasa la stay dekat kampong kan, kalau perangai pelik sikit orang dah cakap macam2.

Mula2 keluar siang, masa tu dia join direct selling la, MLM la, masa ni dia dah selalu keluar zohor dan balik masa orang azan Maghrib. Dah la rumah Kak Ja dengan masjid sebelah2 je. Hasil nya takde pun, usaha je lebih. Bila ayah tegur, dia cakap la nk cari duit lebih. Tunggu je nanti dia berjaya. Ayah dah warning awal, ayah tak nak halang ape dia nak buat cuma rumah tangga jangan abai dan balik awal. Mula2 dia follow jugak la rules ayah bagi, tapi lama2 dah makin tak hormat ayah dah. Kesian ayah, dah la ayah jenis pendiam.

Bertahun jugak la macam tu sampai la Kak Ja masuk asrama, masa tu Kak Ja form 4. So Kak Ja tak tahu sangat la rutin dekat rumah sebab Kak Ja balik pun dua minggu sekali. Lepas tu Kak Ja tahu dia dah up jadi broker jual tanah, broker barang yang tak masuk akal pun ada. Contoh batu delima, keris, bagi Kak Ja benda ni dah syirik. Sebab katanya untuk kebal si pemakai. Keris ni nak yang specific, nak yang boleh berdiri dengan sendiri, potong rambut tak putus la, boleh terbang la… Macam2 yang tak masuk akal lagi lah. Dan untuk pengetahuan semua sampai sekarang satu pun tak de hasil. Dah 12 tahun kot. Lama kan.

Masa dia up buat kerja2 yang karut 2 ibu dah 100% berubah. Dulu kalau keluar tengah hari balik Maghrib, sekarang malam pun tak balik-balik. Kadang2 tak balik langsung. Bila ayah tegur cakap dah lebih limit, dia bagi alasan macam mana nak cari orang siang2 sebab orang kerja siang, malam je free. Masa free tu la nak jumpa orang. Masa ni dah mula reti tinggi suara.

Ya memang betul cakap orang, prevention is better than cure. Bila dah parah macam ni buat ape pun tak jalan. Hati ibu dah keras, macam kena culture shock. Kami adik beradik pun ada tegur ibu, tapi tak jalan. Kami tegur ada dengan cara berhemah dan ada dalam bentuk kiasan. Contoh bila ibu suruh adik bongsu Kak Ja tolong ambil barang ke ape, adik slow sikit ibu pun bagi la ceramah cakap berdosa tak dengar cakap ibu bla bla bla syurga bawah telapak kaki ibu blalalabla.. Time macam ni la kami masuk iya kan apa yang ibu cakap dan selit kan sekali syurga anak2 bawah tapak kaki ibu dan syurga seorang isteri bawah tapak kaki suami. Kami harap sangat ibu faham tapi dia buat don’t know je.

Masa Kak Ja masuk university lagi la Kak Ja tak tahu hal2 dekat rumah. Masa ni dekat kampong hanya ada adik bongsu Kak Ja, ayah dan ibu je. Yang lain semua dah kerja dan ada yang dah kahwin. Kak Ja selalu la jugak call ayah tanya khabar dah makan ke belum, ayah selalu cakap dah makan dah. Itu aje la, perbualan kami tak panjang sangat sebab ayah jenis pendiam. Kami tanya sepatah, sepatah juga la ayah jawab.

Tapi bila Kak Ja call adik, dia cakap tak makan lagi. Takde pape nak makan. Ibu tak masak. Ibu takde kat rumah dan ada la dia cakap dah makan, ayah masak. Dari sini la Kak Ja tahu serba sedikit keadaan dekat kampong. Nak belajar pun tak senang, kesian dekat ayah dan adik. Ada sekali tu masa cuti sem, Kak Ja dekat kampong. Malam tu Ibu tak balik, ayah dari siang call tanya dekat mana. Katanya tengah kerja. Sampai kemalam. Sampai pukul 12, ayah call ibu cakap duduk tepi jalan, mengantuk nak drive. Dia nak tido tepi jalan esok baru balik.

Apa perasaan korang kalau kena ayat macam tu? Kak Ja dengar je tapi buat2 tido sebab Kak Ja tak nak ayah rasa segan. Diorang gaduh masa tu, ayah berkeras suruh ibu balik jugak. 15minit lepas tu ibu sampai.
Benda paling sedih Kak Ja pernah rasa bila Kak Ja terbaca mesej ibu dengan lelaki lain. Ber’abang-sayang dekat mesej. Kak Ja sangat marah masa ni. Tapi Kak Ja diam, takut ayah tahu. Takut ayah sedih. Kak Ja silap masa tu. Kak Ja bagitau kakak2 je. Diorang pun semua buntu tak tahu nak tegur macam mana, tambah2 sekarang ibu dah berubah. Kalau dulu penyayang sekarang baran. Salah cakap sikit kena cop anak derhaka.

Ada jugak la kantoi tengah bergayut, senyum sorang2.. Kalau ada call masuk dia lari jauh2 angkat call. Kak Ja masa bercinta zaman sekolah pun macam tu la kalau bf call, jadi kita akan tahu ciri2 orang tengah bercinta macam mana.

Suatu hari, ayah call Kak Ja. Masa ni Kak Ja tengah praktikal. Guest what? Ayah menangis. Cerita perangai ibu, dia cakap ibu ada orang lain. Banyak ayah cerita hari tu. Ayah yang selama ni bila cakap dengan anak sepatah dua je, hari tu berjam-jam duration call. Ayah cakap dia curi2 follow ibu. Ayah naik moto masa tu follow kereta ibu. Ibu cakap nak jumpa orang bincang pasal tanah yang nak jual dekat satu tempat tu. Rupanya pergi masuk mall dengan lelaki lain. Berpimpin tangan macam husband and wife. Luluh hati ayah. Ayah tunggu dekat depan mall, nak tengok dia pergi sampai mana. Lepas tu ibu naik kereta nak pergi mana pun ayah tak tahu, ayah follow je sampai ibu perasan.

Masa ni kalau mana2 pasangan kantoi dia akan cuak kan? Tapi bukan ibu, Mungkin sebab dia dah takde perasaan dekat ayah lagi dah. Sedih nak cerita. Masa tu jugak ibu call ayah minta ayah jangan ikut diorang kalau tak, ibu tak kan balik rumah untuk selama-lamanya. Boleh kan ibu ugut ayah balik..

Terkejut masa ayah cerita benda ni semua. Lepas tu Kak Ja tak tahu apa ayah cakap dengan ibu, Cuma adik ada bagitahu ayah dengan ibu gaduh besar malam tu. Aku cerita dekat adik beradik yang lain, sebab tak nak pendam sorang2. Minta diorang cari penyelesaian bersama. Kami serahkan tugas pada kakak sulung, sebab dia paling rapat dengan ibu. Macam bff dah. Lagipun umur kami adik beradik lain dengan kakak sulung memang jauh beza. So dia dengan ibu macam adik beradik pun ada.

So masa balik kampong kakak ada la slow talk dengan ibu. Bagitahu semua pasal dosa pahala. Suruh berhenti buat kerja2 yang dia buat selama ni sebab tak mendatangkan hasil. Macam2 la nasihat kakak dengan cara berhemah. Tapi ibu marah kakak balik. Memang kami adik beradik lain dah biasa kena marah dengan ibu, tapi itu kali pertama bagi kakak sulung. Ibu bagitahu yang anak2 jangan nak nasihat ibu sebab tak setaraf. Katanya pangkat ibu lagi tinggi, ibu boleh nasihatkan anak2 tapi anak2 tak boleh nak nasihatkan ibu. Lepas tu bila ada kawan ibu datang rumah, mereka boleh peril kami cakap pasal nasihat menasihati ni. Sah dah jauh sesat ibu sekarang.

Lepas tu Kak Ja sendiri pun ada call ibu, sebab masa tu kakak no.2 call Kak Ja nangis2 cakap ibu tak nak tengok muka dia lagi sebab kakak no.2 tu call tanya ibu betul ke ada lelaki lain. Masa Kak Ja call tu ibu cakap elok2, tanya macam mana kerja semua. Lepas tu Kak Ja tanya la betul ke ibu ada marah kakak. Dia cakap betul. Kak Ja pun cakap la ‘’dah2 la tu ibu, tak elok… ‘’ tak sempat Kak Ja nak abiskan sentence Kak Ja, ibu dah marah. Kak Ja pun dia tak nak mengaku anak. Dia cakap anak2 dah tak reti hormat dia sekarang. Kak Ja kena tengking dan ibu terus putuskan talian. Sehari Kak Ja nangis. Dan berhari Kak Ja kemuurungan.

Dulu sekali pernah dia mengadu dengan Kak Ja pasal perangai ayah. Katanya ayah tak romantic, selalu cakap ibu gemuk la, tak lawa la.. Ayah tak pernah nak ajak ibu keluar pergi mana2. Ibu dah tak tahan dengan pernagai ayah, katanya. Ibu cakap mungkin hubungan ibu ngan ayah tak lama dah. Masa tu Kak Ja diam. Sebab Kak Ja dah tahu apa motif ibu. Kak Ja diam tak bagi respon. Ibu menangis, cakap Kak Ja tak support dia. Kena marah lagi sekali. Masa tu Kak Ja nak je tengking ibu balik dan cakap yelah kan dah ada buah hati lain, Nampak la semua buruk ayah tu. Nak je luah perasaan macam tu. Geram.

Sampai la sekarang Kak Ja dah kawin. Ibu masih di takuk lama. Suka keluar, dan sekarang ada buah hati baru. Dah tak couple dengan orang yang lama 2. Mungkin sebab dulu ayah pergi cari lelaki tu dan warning dia. Sumpah kalau ayah tak buat macam tu Kak Ja sendiri akan cari lelaki tu dan buat perkara sama. Lelaki tu pun dah ada family.

Lepas Kak Ja kahwin, timbul cerita lain pula. Adik ipar Kak Ja, terjumpa ibu dengan lelaki lain dekat pusat karoke open. Ibu pesan dekat adik ipar jangan bagitahu dekat suami Kak Ja. Dan banyak kali juga la terserempak macam tu. Apa perasaan korang? Yes Kak Ja geram. Marah. Benci. Semua ada. Kak Ja dengan ibu dah lama tak rapat. Bila balik kampong pun Kak Ja lebih focus dekat ayah dan adik. Lagipun ibu mana nak lekat dekat rumah even kami semua berkumpul.

Selama ni kami yang hantar duit kat kampong bulan2. Itu memang tanggunjawab kami. Kami taknak dah ayah kerja, lagipun sekarang ayah dah 60 tahun dan ibu 50 dah. Tua kan? Tapi duit kami hantar tak pernah cukup. Sebab ibu selalu minta lebih dengan ayah. Ayh masih berkerja sekarang, kadang2 menoreh, kadang2 ambil upah buat rumah. Kesian ayah. Ayah cakap dalam sehari ibu mintak Rm100, mana nak cukup anak2 bagi.. Kalau tak bagi Ibu marah, ugut nak lari rumah.

Kami tak tahu nak buat macam mana. Kak Ja tak pernah pun cerita benda ni pada orang luar sebab Kak Ja malu. Sekarang Kak Ja cerita kat sini sebab korang tak kenal Kak Ja ni siapa, dan tujuan Kak Ja cerita ni pun sebab nak minta solution yang mungkin korang boleh suggest dengan Kak Ja. Sebenarnya banyak lagi yang Kak Ja nak cerita tapi story ni dah terlalu panjang.. Over run dah ..So Kak Ja rasa cukup la cerita setakat ni saja.

Kak Ja faham jika korang nak kecam Kak Ja sebab family kami gagal nak bentuk ibu terutama ayah. Kak Ja terima segala kecaman korang semua dengan hati yang lapang. Cuma Kak Ja akan hargai solution dari korang nanti. Tak nak lah suruh cerai ibu, sebab ayah sayang ibu sangat2 kalau tak dah lama dia ceraikan ibu. – Kak Ja via IIUM.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. mujahid xiexie says:

    Assalamualaikum k.ja…bg pndpt sy la ap y k.ja dan adik bradikcbe nshat tu da bgus.. tpy seelok2 nye mgguna kn ibu atau bpa mak k.ja…mksd nye atok n nenek sblah mak utk mmberi nsihat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *