Lelaki Ni Pi Hospital Lepas Tertelan CHEWING GUM. Rawatan Doktor Sangat MENGEJUTKAN !!!

| October 28, 2016 | 0 Comments

Lelaki Ni Pi Hospital Lepas Tertelan CHEWING GUM. Rawatan Doktor Sangat MENGEJUTKAN !!! | Saya pernah menerima seorang pesakit yang datang dengan aduan tertelan chewing gum ni. Dekat 2 minit gak lah saya termenung kaku sebab tak tau nak buat ape. Jadi saya tanya lah dia, apa yang dia risaukan?

1

Katanya, mase dia kecik-kecik dulu, mak dia cakap, jangan telan chewing gum, nanti chewing gum tu akan kembang dalam perut, dan akan melekat dekat lubang dubur, dan akan menyebabkan seseorang tu dah tak boleh berak. Chewing gum tu jugak akan ambik masa 7 tahun untuk keluar dari tubuh badan.

Sebenarnya macam ni, chewing gum ni dibuat daripada campuran beberapa bahan iaitu gula, perisa, pelembut, kadang-kadang ada yang tambah ‘mint’, dan jugak artificial gum. Artificial gum ni akan menyebabkan chewing gum tu kenyal, dan ianya adalah sintetik, maksudnya dibuat dengan campuran bahan kimia yang diambil dari bahan semulajadi, supaya boleh dihasilkan secara besar-besaran dan lebih selamat untuk dimakan.

Artificial gum inilah satu-satunya bahan yang tak boleh dihadam oleh tubuh badan. Bahan lain akan dihadam dan digunakan oleh tubuh badan sebagai sumber tenaga. Bahan yang tak boleh dihadam pula akan dikeluarkan melalui saluran pencernaan, iaitu melalui najis.

Proses yang sama juga dilalui oleh bahan lain yang tak boleh dihadam, contohnya bila kita makan jagung, kita akan dapati najis kita mengandungi kepingan-kepingan kuning yang merupakan bahagian jagung yang tak boleh dihadam, atau bahasa mudahnya, tidak boleh digunakan oleh tubuh badan sebagai tenaga atau nutrien.

Basically, najis itu merupakan bahan-bahan yang tak boleh digunakan sebagai sumber tenaga atau nutrien. Tak kira lah kita makan burger ke, nasik ke, ianya akan diceraikan kepada komponen yang lebih kecik, dan hasilnya, bahan yang tak boleh dihadam akan keluar sebagai najis.

Mungkin dia anggap sifat chewing gum tu yang melekat akan menyebabkan ianya tersangkut di dalam usus. Sebenarnya tak. Mekanisme pencernaan makanan sebenarnya lebih kompleks dari yang anda fikirkan.

Kesimpulannya saintis dan doktor percaya bahawa purata masa yang diambil untuk keluarkan chewing gum daripada salur pencernaan anda adalah dua hari. Walaubagaimanapun, anda perlu risau sekiranya anda tertelan chewing gum dengan amaun yang banyak secara serentak, kerana anda bermungkin untuk tercekik. KREDIT Doktor FB Page he Dresser & Co

2

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , ,

Category: Kesihatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *