Dikutuk Netizen Isu Cukai. Ini Kenyataan TERKINI Nora Danish Yg Buat Ramai SENTAP !!!

| November 8, 2016 | 1 Comment

Dikutuk Netizen Isu Cukai. Ini Kenyataan TERKINI Nora Danish Yg Buat Ramai SENTAP !!! | Selain kontroversi penyingkiran Elly Mazlein dari Gegar Vaganza 3 hari ini, nama pelakon jelita Nora Danish terus menjadi bualan netizen. Semuanya bermula dengan satu kenyataan tentang pelepasan cukai seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.

1

Terbaru, Nora Danish mendakwa dirinya tidak pernah meminta pelepasan cukai dan kenyataannya telah diputar belit.

Tak buat salah pun kena marah

2

Nora yang ketika ini berada di luar negara meluahkan rasa kecewa menerusi post terbaru di akaun Instagram miliknya. Dakwa beliau, ada pihak yang telah memutar belit penyampaiannya sehingga timbul salah faham.

Ini antara komen beliau yang sempat dirakam oleh netizen. Nora Danish bagaimanapun menutup ruangan komen post terbarunya di Instagram.

3

Berikut petikan sebahagian temubual Nora Danish bersama akhbar terbabit berhubung isu cukai yang hangat menjadi bualan netizen ketika ini.

Soalan: Sebagai antara artis yang berjaya dalam bidang lakonan dan perniagaan, ketika ini juga ramai artis sedang “dikejar” oleh LHDN, Nora bukan salah seorang daripadanya?

Nora: Macam saya cakap, dikejar itu tidaklah. Sebab saya membayar cukai pada waktu yang sudah ditetapkan. Bagi saya jumlah yang perlu dibayar tidaklah terlalu mengejutkan.

Ini memandangkan saya sudah membayar sejak dari awal, setiap tahun, jadi ia masih dalam jumlah yang okay sebab tiada tunggakan.

Soalan: Ada juga artis yang lari daripada cukai ya, bagaimana Nora melihat isu ini?

Nora: Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita. Cuma apa yang saya harap ada sedikit pelepasan buat selebriti macam kami ini. Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri.

Jadi, ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja bagi kami. Kalau boleh pihak LHDN pertimbangkan hal-hal sebegitu, ia akan lebih baik buat kami para artis dan selebriti lain yang amat bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul berhadapan dengan khalayak.

Kami tak nak lah buat sebarang andaian tapi mungkin ‘pelepasan’ yang dimaksudkan beliau ialah ‘kelonggaran’. Tak apa lah kita tunggu je apa yang bakal dijelaskan Nora Danish nanti. KREDIT Obulan.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. eqa bommeletop says:

    Pelepasan atau kurangkn membayar cukai utk penampilan diri mmg sgt x wajar.. awak igt awak sorg je ke nk kne jge penampilan diri.. asalkan artis je semua nk best.. hbis yg kje swasta ni x pyh nk jge penampilan diri la ye.. pi kje pkai kain batik + slipa jepun.. kje kami pun harus utk jge penampilan diri.. lagi2 utk yg dah ade suami lg la kne jage.. ayat awak tu mcm x sesuai dgn umur awak.. pk dlu kak seblum buat statement..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *