Senarai 10 Wajah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia 2016-2017. Menarik Ni !!!

| December 14, 2016 | 0 Comments

Senarai 10 Wajah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia 2016-2017. Menarik Ni !!! |

10 lelaki ini mempunyai wajah yang benar-benar kacak, comel dan matang dengan penampilan mereka yang agak menarik dan popular di seluruh dunia. Anda juga boleh melihat kebanyakan dari mereka menjadi duta kepada beberapa produk lelaki yang terkemuka.


10. Billy Unger

Lahir pada 15 Oktober 1995 di Amerika Syarikat. Merupakan seorang pelakon muda dan berjaya menempatkan dirinya di tangga ke-10 bagi senarai wajah lelaki paling kacak bagi tahun 2016-2017. Wajahnya nampak comel dan menjadi kegilaan ramai gadis remaja di luar sana.

Sehingga kini, dia pernah membintangan filem seperti Special Agent Oso, Sonny with a Chance, A.N.T. Farm dan banyak lagi. Ramai yang berpandangan bahawa beliau akan menjadi pelakon yang berjaya di masa akan datang.


9. Hugh Jackman

Lahir pada 12 Oktober 1968 di Australia. Meskipun wajahnya nampak berbeza dari usia, namun beliau masih kelihatan muda dan mempunyai wajah yang menarik. Selain mempunyai bentuk badan yang menarik, beliau juga kelihatan kacak. Selain bergelar sebagai pelakon, beliau juga merupakan produser dan penyanyi.

Lakonannya tampak benar. Pernah berlakon dalam pelbagai filem dan antara yang paling diingati ramai, filem bersiri X-Men.


8. Brad Pitt

Lahir pada 18 Disember 1963 di Amerika Syarikat. Kacak orangnya dan mempunyai gaya penampilan diri yang stail dan personaliti yang menarik. Wajahnya kacak dan menarik, antara pelakon yang berjaya memenangi pelbagai anugerah berprestij.

Banyak membintangi filem seperti Seven Years in Tibet, The Mexican, Mr. & Mrs. Smith. Brad Pitt merupakan pelakon popular di Hollywood dan banyak filemnya pernah menjadi box office.


7. Salman Khan

Lahir pada 27 Disember 1965 di India. Mempunyai wajah yang senang mata memandang dan kacak orangnya. Beliau kelihatan amat berbeza berbanding usianya, nampak lebih tua dan mempunyai wajah yang kacak dan menarik. Salman gemar menghabiskan masa di gim dan mengekalkan bentuk badannya yang menarik itu.

Beberapa filem popularnya seperti Har Dil jo Pyar karega, Bodyguard, Bhajrangi Bhaijaan. Salman merupakan seorang pendengar yang baik dan kebanyakan filem yang dilakonkannya sentiasa berjaya mencapai sasaran.


6. Omar Borkan Al Gala

Lahir di Iraq pada 23 September 1989. Lelaki yang mempunyai wajah menarik ini mula menempa nama dalam bidang peragaan. Ramai yang mengatakan mata dan wajahnya kelihatan comel dan mudah menawan hati mana-mana gadis. Dilaporkan seorang peminat wanita pernah menghadiahkan kereta kepadanya.


5. Tom Hiddleston

Lahir pada 9 Februari 1981 di United Kingdom. Selain kelihatan kacak, lelaki ini juga tinggi orangnya. Mempunyai wajah yang menarik, pandangannya saja sudah mampu menarik perhatian ramai gadis di luar sana.

Beberapa filem yang pernah dilakonkannya, Thor, Midnight in Paris, The Deep Blue Sea.


4. Johnny Depp

Dilahirkan pada 9 Jun 1963 di Amerika Syarikat. Walaupun umur sudah tua, namun beliau masih kelihatan kacak. Beliau banyak melakonkan filem yang memerlukannya berubah wajah seperti The Pirates, Chocolate Factory dan banyak lagi. Filem bersiri The Pirates merupakan filem yang banyak mengangkat beliau sehingga dikenali ramai.


3. Hrithik Roshan

Aktor kelahiran India ini dilahirkan pada 10 Januari 1974. Mempunyai personaliti yang menarik dan wajah yang comel. Wajah dan matanya sangat cantik yang mana boleh menawan hati mana-mana wanita. Ditambah pula dengan bentuk badannya yang sado sudah tentu membuatkan ramai peminat wanitanya ‘cair’.

Pernah berlakon dalam banyak filem seperti Kaho Na Pyar Hai, Koi Mil Gaya, Krrish, Bang Bang dan banyak lagi. Merupakan seorang pelakon yang rajin orangnya.

2. Robert Pattinson

Robert Pattinson dilahirkan pada 13 Mei 1986 di United Kingdom. Wajahnya kacak, comel dan menarik membuatkan ramai gadis yang tergila-gila padanya yang mana boleh dilihat ketika beliau menghadiri tayangan perdana filemnya sendiri di mana peminat-peminatnya menjerit memanggil namanya.

Antara filem terkenal yang dibintanginya ialah Harry Potter and the Order of the Pheonix, Remember Me, The Twilight Saga: Eclipse.


1. Tom Cruise

Pelakon Amerika Syarikat ini dilahirkan pada 3 Julai 1962. Inilah lelaki yang paling kacak dalam senarai 10 lelaki terkacak di dunia bagi tahun 2016-2017.

Beliau layak berada di tangga teratas kerana beliau mempunyai wajah yang sangat kacak dan menarik. Meskipun sudah berusia namun beliau masih menjadi pujaan ramai peminat wanita kerana lakonan dan wajahnya yang kacak itu.

Filem popular Tom Cruise, Mission Impossible, Jack Reacher, The Last Samurai dan banyak lagi. Tom Cruise merupakan seorang pelakon yang sangat bersemangat bila melakonkan wataknya. KREDIT rotikaya

 

 

Tags: , , , ,

Category: Lelaki

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *