11 Malam Balik Kerja Tak Boleh Tidur. Bila Tgk Siling Bilik TERKEJUT Bila Tau Rupa2nya…..

| March 12, 2017 | 0 Comments

Kisah SERAM Ariffin Di Bilik Bujangnya… Pengakhiran Cerita Yang Boleh Buat Kita MENANGIS !!! | Perlahan-lahan Ariffin menanggalkan tali leher polkadot dari kolar bajunya. Ada bau masam apabila tali leher yang ditanggalkan itu sekilas lalu menyapu mukanya. Ariffin memandang pada jam dinding bilik bujangnya. Sebelas tiga puluh tiga minit malam.


Sekadar Gambar Hiasan.

Sudah hampir seminggu Ariffin begitu; pulang lewat dari kantornya. Semuanya gara-gara mulutnya yang gatal menawarkan diri untuk terlibat sama dalam projek terbaru syarikatnya. Nak bodek bos lah kononnya tu. Padan muka.

Ariffin keletihan. Dia duduk sebentar di pinggir katilnya. Dia hanya termenung, terlalu penat untuk memikirkan perkara-perkara seriyes seperti harga minyak mentah dunia yang merudum jatuh atau pon perihal pesawat MH370 yang masih belum ditemukan sehingga hari ini. Lama dia begitu. Fikirannya kosong.

Akhirnya dia bangkit dan menanggalkan pula baju kemeja berwarna biru petak-petak yang dibeli sewaktu ada sales di Sogo dulu. Dibuka pula kancing seluar kelabu tahi kelawar dengan garis-garis halus berwarna perang muda dan ditanggalkannya seluar itu dengan malas.

Dicapainya tuala yang tersangkut pada rak besi di sebelah katilnya. Perlahan-lahan dia berjalan ke bilik air. Punyalah malas dia berjalan sehinggakan dia dapat mendengar bunyi kakinya yang diseret pada lantai. Ketika itulah hatinya berasa tidak sedap. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Jantungnya berdegup lebih kencang daripada biasa.

Arifin menutup pintu bilik air perlahan-lahan. Dia cuba memikirkan apakah perkaranya itu yang mengganggu fikirannya. Namun dia tidak menemukan jawapan.

Air sejuk yang membasahi kepalanya menjadikan dia lupa sebentar kepada perasaannya yang tidak enak itu. Air itu juga seolah-olahnya berjaya menenangkan jantungnya dan kini ia berdegup seperti biasa. Lega.

Ariffin lebih tenang. Disentalnya kepala, ketiak dan celah kelengkangnya dengan sabun cap Shokobutsu menggunakan loofah yang dibelinya dari Body Shop tidak lama dahulu. Alah kalau kalian sering menonton kartun mengarut Sponge Bob Square Pants itu, pasti kalian mengerti apa itu loofah. Tetiba.

Usai mandi, dengan teliti Ariffin mengelap badannya yang boleh tahan gempal itu. Setiap inci dilapnya dengan cermat dan berhati-hati. Sampai sahaja di bahagian perut, terdetik di hati Ariffin adakah mungkin untuk dia memiliki sikpek suatu hari nanti. Err.

Dia rasa lebih segar. Refreshed.

Namun sebaik sahaja dia melangkah keluar dari bilik airnya, perasaan tidak sedap hati itu datang semula. Rasa seram sejuk pon ada. Ariffin bingung.

Dia mengamati setiap penjuru biliknya, kalau kalau ada petunjuk yang dapat menjelaskan rasa serba-serbi tidak kena itu. Namun dia gagal menemukan sebarang tanda yang dapat melegakan hatinya.

Berkerut-kerut dahinya cuba memikirkan apa-apa kejadian atau peristiwa yang mungkin terlepas pandang olehnya. Atau apa-apa berita yang dibacanya di mana-mana, sama ada di waksep group yang tidak terkira banyaknya itu atau pada garis masa MukaBukunya. Sekali lagi, dia gagal menemukan sebarang jawapan.

Entah mengapa, tergerak hatinya untuk menyelak langsir biliknya. Ketika itu, jam dindingnya sudah pon menunjukkan waktu dua belas tiga belas minit malam.

Sayup-sayup kelihatan tasik bekas lombong tidak jauh dari apartment yang didiami Ariffin. Airnya tenang. Ada gumpalan kabus yang menyelubungi permukaan tasik. Tenang, tapi menyeramkan.

Lama Ariffin merenung ke luar jendelanya. Jauh di dalam hati Ariffin, dia sedikit berharap sekiranya ketika itu muncul lembaga berselubung putih atau anak toyol berenang riang di tasik itu. Sekurang-kurangnya ia mungkin akan menjelaskan mengapa Ariffin berasa tidak sedap hati ketika itu. Akhirnya dia melepaskan langsir biliknya. Hampa.

Aku penat sangat kot.

Ariffin cuba mencari justifikasi. Akhirnya dia terpaksa akur kepada kepenatan dan keletihan tubuh badannya. Matanya juga sudah semakin berat. Penat.

Sesudah menutup lampu kalimantang biliknya itu, terus dia menghempaskan badannya ke atas katilnya. Berkeriuk katil kayu itu, seperti memprotes tindakan Ariffin yang boleh tahan zalim itu.

Ariffin cuba memejamkan matanya. Entah mengapa, meski penat yang teramat sangat, perasaan tidak tenang dan tidak sedap hati itu menghalangnya untuk belayar ke alam mimpi. Sekejap dia mengiring ke kanan dan sekejap dia mengiring ke kiri. Terlentang, kuak bebas, kuak kupu-kupu; semua posisi sudah dicubanya namun dia masih belum dapat melelapkan matannya.

Degupan jantungnya semakin kencang. Ketika mana seluruh alam buana sudah menutup mata dipeluk kegelapan malam, Ariffin boleh mendengar degupan jantungnya yang kuat itu seolah-olah ada orang yang bermain tabla betul-betul di sebelah telinganya.

Ariffin semakin resah. Gelisah. Dia mula tengok siling biliknya.

Dia membaca bismillah, qul huwallah dan a’udzubillah.

Dan terkejuttt…!

Ketika itulah dia seperti disambar petir. Kelopak matanya terbuka. Terbeliak.

Dia baharu teringat yang dia belum lagi solat Isyak!

Memang seram bhai! Hehehe. JANGAN MARAH YE. Semoga bermanfaat. Kongsikan pada yang lain. KREDIT ANGEL PAKAI GUCCI

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Seram

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *