Kerja Syif Malam Di Hospital. Tgh Dok Nak Terlelap Di Kaunter. Lif Terbuka n TERKEJUT Bila….

| May 18, 2017 | 1 Comment

Kerja Syif Malam Di Hospital. Tgh Dok Nak Terlelap Di Kaunter. Lif Terbuka n TERKEJUT Bila…. | Thanks in advance jika admin sudi approve aku punya ki#sah ni. Nama aku Samsul. Aku keje nurse. Ye ye aku ni lelaki. Nurse lelaki. Puas? Huhu. Ini merupakan ki#sah seram sepanjang aku berkhidmat di salah sebuah hospital swasta di Sarawak.

Tanpa melengahkan masa sampai buat mata pembaca mula rasa nak layu baca aku punya mukadimah ni, aku terus share apa yang aku si junior , senior-senior hospital tu, dan juga pesakit alami kisah-kisah misteri dan seram yang ada seram terlebih, ada seram terkur#ang di hospital tu. (Semua nama-nama dalam kisah aku ni, aku tak nak letak nama sebenar. Sebab? Sebab aku malas. Hehehe..)

Ini apa yang aku dan tiga kawan aku alami. Masa tu aku, Leya, Kat, dan Eda in charge di B1 (nama tingkat bilik2 wad). Kitorang syif malam masa tu. Malam tu, ward b1 memang sunyiii gilerrrr! (sunyi sebab Chinese New Year, biasalah orang cuti, sakit pun tettiba nak cuti hehehe). Patients hanya ada 10 orang, relatives patients pun rasanya waktu tu tak ramai yang melawat dan tak ada yang bergurau senda pada waktu tu. ((bagi yang tak tau, patients tu pesakit hehehe)

So, dijadikan kisahnya, kitorang duduklah sem#bang2 kat kaunter (jangan kata kitorang curi tulang pulak eh! Masa tu free, so lepaklah kejap hehehe). Leya pun masuk ke dalam medication room (bilik tempat letak ubat-ubatan), tinggal aku, Kat dan Eda duduk kat kaunter. Oh ya, medication room memang belakang kaunter je. Tak jauh pun..

Tetiba… “Kekekeke….” bunyi orang gelak menjengah telinga kitorang. ‘Dia’ gelak tak sampai tiga saat, tapi yang pasti suara dia tu sangat menyeramkan. Leya pun marahlah dari dalam medication room tu, “Oi! Korang takyahlah gelak macam tu. Seram do!”.

Eda pun menjawab, “Eh! Manade kitorang gelak. Kitorang diam je dari tadi”. Haah, masa tu memang kitorang diam sebab tak tau topik apa nak dibualkan hehehe. Apa lagi! Leya pun terus berlari dekat dengan kitorang. Dia sembunyi belakang aku (sebab aku lelaki padahal aku pun seriau jugak masa tu hehehe). Kat dan Eda pun tak ketinggalan bulu roma diorang nak meremang. Leya den#gar suara tu gelak dekat dalam medication room, aku pulak dengar suara tu gelak jauh dari arah belakang, Kat dan Eda dengar gelak tu dekat kat kaunter. Korang rasa berapa ekor hantu tu semua masa tu?

Kisah kedua pulak, ni senior aku yang cerita. Dekat tingkat A3 (nama tingkat bilik2 wad), syif malam jugak. Ada 4 orang nurse yang in charge masa tu.. Sedang diorang duduk termenung atau curi-curi lelap kat kaunter masa tu, tetiba lif (berdekatan dengan kaunter, belah tepi) terbukak dengan tiba-tiba.

Buka..tutup….buka…tutup…

Kejap lif tu bukak kat tingkat 3, kejap turun ke tingkat 2, lepas tu tingkat 1, lepas tu naik semula tingkat 3. Buka tutup. Buka tutup. Dan p#agi lepas tu, mesti akan ada patients yang meninggal. Tak kiralah patients dari wad ataupun ICU. Kitorang tak tau apa kaitan lif dengan patients-patients yang kebetulan meninggal jugak pada malam tu.

Pernah senior aku guna lif tu (ni waktu siang), dia dari tingkat 1 nak ke tingkat 2. Bila pintu lif tutup, tetiba buka balik and you know what? Dia masih di tingkat 1. Senior aku pun tekanlah balik tingkat 2 dan tutup. Tapi, erbuka semula pintu lif dan masih di tingkat 1. Senior aku apa lagi, teruslah dia guna lif lain hehehe.

Ini kisah apa yang patients dan relative patienst kitorang alami, diorang cerita baliklah dengan apa yang jadi. Ada satu bilik ni, 299B. Bilik ni memang tempat ‘dia’ bermain. Nak dipendekkan cerita (eh pendek ke? Hehe), sedang relatives tu tido di lazychair, tetiba ada satu lembaga masuk ke dalam bilik tu dan terus masuk ke dalam jamban. Paip pun terbuka. Nak kata staff hospital, kitorang tak mungkin main pecah masuk dalam bilik pesakit. Plus, lembaga tu memang serba putih, berseluar hitam. Cuma muka aje yang tak nampak! Ada jugak kejadian di mana masa patients tidur, selimut dia kena tarik.

Kisah seterusnya, nurse ni nama dia Nia, syif malam. Ward A3. Masa dia lepas buat observation kat pesakit, bila dia lalu aje bilik 312, 311, dia dengar bunyi orang bersiul. Apa lagi pecut teruslah dia masa tu. Actually, bukan dia sorang je yang kena, ramai lagilah yan#g dengar bunyi tu. Untuk pengetahuan korang, 311/312 pernah dijadikan tempat letak mayat satu masa dahulu. No wonderlah, bila kitorang lalu je bilik tu, bulu roma terasa meremang tiba-tiba.

Aku pernah kena. Syif malam jugak. Bila aku nak menuju ke ward B2, aku dengar orang panggil nama aku, “Samsul…. Samsul..” (Bukan nama aku yang sebenar, dia panggil nama aku yang betul eh.. cuma aku je yang malas nak bubuh nama aku yang betul so aku pinjam nama abam Samsul kejap hehe). So aku tolehlah kiri kanan depan belakang. Kosong. Takde orang kat situ.

Nurse Emma pernah kena, masa tu dia buat observation kat patients dalam bilik 280, lepas dia keluar dari bilik tu, dia tertengok 281 ada pesakit baring kat situ. So, dia buat biasa jelah (waktu tu dia tak tau pesakit tu siapa sebenarnya jeng jeng jeng). Bila sampai ke kaunter, dia tanya, “Patients 281 apa case dia eh? Kanser ke?”. Nurse yang ada kat situ terus berubah riak wajah. “Eh, 281 takde patients yang admit kat situ. Siapa yang ko tengok tu?”. Emma pun, apa orang putih kata, speechlessssss! Dan, ni aku dengar dari senior2 yang memang berpuluh-puluh tahun dia punya senior, diorang cerita, ada seorang doktor bedah ni mati mengejut. Esoknya, staff-staff ada tertengok seseorang macam doktor ni, sarungkan glo#ve ke tangan dia. Lepas tu dia tengoklah staff kat situ sambil senyum. Harus mereka seriau!

Jangan ingat ward-ward, semuanya selamat belaka. Kalau hospital tu dah berpuluh-puluh tahun beroperasi, tak mustahil dalam setiap bilik patients mesti ada patients-patients yang meninggal. So, korang kalau tetiba admit kat ward ataupun sebagai pelawat, jangan celupar sangat mulut eh. Lagi-lagi dalam jamban. Tu memang tempat ‘benda’ tu. Jamban hospital jangan ingat bersih dan wangi, tak ada benda tu menapak. Tapi most of hospital, memang jambannya sangat angk#errr khenn? Haa tak baik tipu! Ngaku cepat hehehe.

Alamak! Panjang sangat ke aku tulis ni? Ampunnn! Hehehe.

So, ni last. Kira macam bonus sikitla. Masa aku tak tahu selok belok hospital dan bilik2 dalam hospital ni. Aku jalan-jalanlah sebab tinjau bilik2 mana yang boleh dimasuki. So aku masuklah dalam sebuah bilik ni (masa masuk aku dah rasa mere#mang bulu roma tapi aku masih tak tau tu bilik apa). Aku toleh kanan kiri depan belakang dengan keadaan yang selamba badak. Mula-mula aku ingatkan bilik tempat letak besi-besi buruk. Tapi..

“Dik, kau buat apa kat dala#m bilik ni?”, tanya kakak nurse kat situ.

“Err..hehehe..”

“Ni bilik mayat, dik!”

Gulp!

-Aku Samsul- via FiksyenShasha.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , , , , ,

Category: Seram

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Gambir Emas says:

    Biasa dengar juga cerita2 seram di hospital. Apa2 pun dia makhluk Allah yang ada di mana2. Cuma kita kena sentiasa ingat paada Allah. Kalau boleh hafal ayat Quran seperti ayat Kursi, 3 kul untuk mengelakkan sebarang gangguan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *