“Abang Ada Seringgit tak?”. Soalan Isteri Buat Suami TERKEDU. Tak Sangka Isteri Rupa-Rupanya…

| September 9, 2017 | 0 Comments

“Abang Ada Seringgit tak?”. Soalan Isteri Buat Suami TERKEDU. Tak Sangka Isteri Rupa-Rupanya… | Baca Viral – Allah telah menjanjikan keistimewaan buat isteri-isteri yang solehah untuk mereka memilih untuk memasuki Syurga daripada mana-mana pintu yang mereka sukai. Jadilah isteri-isteri solehah kelak ganjaran Allah di akhirat sangat besar. Mari baca kisah menarik yang menyentuh hati ini.

ISTERI MINTA SERINGGIT

Seusai mengemas semua barang yang akan dibawa pulang ke Negeri Kenyalang, tiba-tiba aku didampingi oleh isteri tercinta. Senyum-senyum malu dengan menampakkan wajahnya yang sedikit gelisah. Aku hanya perhatikan gerak-gerinya dan bersedia mendengar apa jua tutur katanya.

“Abang, ada tak duit seringgit (RM1)?” soalnya.

“Ada. Nak buat apa sayang?” aku lihatnya makin kelu, tampak berkaca di ruangan kelopak matanya, tergagap-gagap apabila suara dilontarkan.

“Abang, sayang faham abang banyak berhabis sebulan dua ini. Membeli tiket ulang alik ke kampung halaman. Lumrah anak rantau. Terkadang melupakan hal diri sendiri.

“Tapi sayang tiada punya niat lain. Sayang nak bersihkan rezeki abang. Sayang nak selamatkan abang dari murka Allah. Maafkan sayang,” ujarnya perlahan.

NAFKAH YANG DILUPAKAN

“Kalau abang ada seringgit (RM1), abang hadiahkan kepada sayang. Anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang,”

TERKEDU SUAMI DENGAR PENJELASAN ISTERI

Allah, sesungguhnya aku terkedu. Ya Allah. Air mataku mula berlinangan. Mungkin kita suami terlupa atau memang keadaan kita yang mendesak. Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku seorang wanita yang mulia hatinya. DemiMu Ya Allah, aku akan berusaha untuk tidak menyakiti hatinya.

Nabi SAW ada bersabda: “Bila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai” . (Riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami ‘no. 660, 661)

Maafkan saya di atas perkongsian ini. Nampak ringkas, hanya nafkah. Walaupun isteri kita berkerja, itu hak mereka. Hakikat yang lebih besar ialah rahmat Allah untuk kita dalam berumahtangga. Moga dengan kita berbuat baik kepada isteri, rahmat Allah akan mencurah-curah dalam hubungan kita. Aamiin.

Dalam rezeki kita, tersimpan hak orang lain, walaupun hanya seringgit.

Sumber : TheReporter

Tags: , , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *