“Kesian Tengok Ibu-Ibu ‘DIPAKSA’ Berpantang Selepas Melahirkan Anak”. Pakar Perubatan Kongsi Cara Mencegah ‘URAT HIJAU DI KAKI’

| September 7, 2017 | 0 Comments

“Kesian Tengok Ibu-Ibu ‘DIPAKSA’ Berpantang Selepas Melahirkan Anak”. Pakar Perubatan Kongsi Cara Mencegah ‘URAT HIJAU DI KAKI’ | Baca Viral – Proses berpantang bagi ibu-ibu selepas bersalin sangat dititikberat dalam masyarakat melayu. Pelbagai petua dan amalan tradisional yang perlu dipatuhi. Tidak salah mengikut petua yang diberikan namun janganlah sampai ibu bersalin sendiri tertekan dalam menjalani tempoh berpantang mereka. Mari ikuti penjelasan pakar perubatan ini.

TEMPOH BERPANTANG TRADISIONAL

Saya kesian tengok ibu-ibu yang ‘dipaksa’ berpantang selepas bersalin.
Ada netizen-netizen menulis dan mengadu kepada saya, yang mereka dimarah-marah kerana tidak berpantang, dan orang yang memarah ibu-ibu ini mencari pula masalah badan ibu-ibu untuk menyalahkan ibu kerana tidak berpantang. Ini lah yang saya kata ‘PERBUATAN YANG ZALIM’ keatas ibu-ibu kita.

Tahu kah anda, yang 40-hari berpantang itu ialah satu kemewahan untuk orang-orang yang berada. Bukan semua orang berkehidupan mewah.

BERPANTANG MENGIKUT ANJURAN ISLAM

Tahukan anda, yang hanya wajib dalam Islam ialah tidak membuat hubungan kelamin dengan suami selagi darah nifas belum kering (sampai had maksima 60 hari diberikan, bukan hanya 40 hari), dan boleh bersama suami lebih awal daripada 40 hari sekiranya darah nifas kering lebih awal dari 40 hari.

Benda-benda yang lain, semuanya bukan wajib. Yang penting ialah ibu-ibu diberi sokongan emosi dan diberikan sokongan dari semua ahli keluarga supaya ibu dapat menumpukan semua perhatiannya terhadap permintaan bayi yang baru dilahirkan. Mungkin juga sokongan emosi boleh mengelakkan masalah meroyan, tetapi saya tak berani nak kata sama ada pantang traditional boleh mengelakkan meroyan, sebab belum lagi jumpa kajian yang membuktikan yang kaedah berpantang tradisional boleh mengelakkan meroyan selepas bersalin. Tetapi, jika ibu itu rasa dirinya dipaksa, maka perasaan mereka tidak dihargai, jadi bagaimanakah nak mengelakkan meroyan jika hati ibu tidak gembira atau merasa tertekan?

PENGALIRAN DARAH UNTUK IBU YANG BERPANTANG PENTING

Tahukah anda, untuk kesihatan ibu yang baru bersalin dan menyusu, mereka perlu minum secukupnya (3 Litre sehari), bukan menyekat keperluan kesihatan mereka. Kalau nak buat susu untuk bayi dengan secukupnya, ibu pun kena lah minum dengan secukupnya.

Tahukah anda, untuk kesihatan ibu yang baru bersalin, pengaliran darah adalah sangat penting. Kaedahnya termasuk lah senaman yang ringan dengan kerap, dan kalau nak mengurut ini lah tujuannya. Kalau tak mampu mencari orang untuk mengurut, boleh membuat senaman yang ringan untuk pengaliran darah dari kaki ke jantung.

Tahukah anda urat-urat hijau yang kembang di kaki tu (varicose vein) bukan disebabkan masuk angin. Ia sebenarnya bukan urat, tetapi saluran darah ‘vena’ yang membawa darah kembali dari kaki ke jantung. Tidak ada angin di dalam saluran darah mahupun urat saraf di dalam badan kita. Orang-orang yang mengurut kena belajar sikit tentang sains biologi sebelum mengata macam-macam yang mereka tidak tahu.

PANDUAN MENCEGAH VARICOSE VEIN SUPAYA TIDAK BERTAMBAH TERUK

1) Senaman yang kerap untuk membantu pengaliran darah di kaki

2) Kurangkan berat badan melalui penjagaan pemakanan dan senaman. Lagi gemok badan kita, lebihlah lagi tekanan lemak badan dan berat badan kita ke atas vena kita dan ini melambatkan pengaliran darah dari kaki kembali ke jantung.

3) Elakkan berdiri lama-lama. Darah dari vena di kaki memerlukan bantuan otot kaki yang berjalan untuk mengepamkan pengaliran darah dari bawah ke atas bertentangan dengan graviti. Dengan sebab yang sama jangan duduk bersila, dan jangan duduk lama-lama sangat. Bangun dan berjalan. Walaupun anda pergi mengurut kaki dan badan, anda tidak boleh mengurut sepanjang masa. Satu-dua jam saja pengaliran darah sehari semasa mengurut, lepas tu duduk saja sepanjang masa itu masih tidak mencukupi.

4) Bila berjalan, elakkan memakai sepatu tinggi seperti stiletto. Ini menyebabkan perubahan posture badan dan melebihkan tekanan ke atas vena di kaki.

5) Bila tidur malam, tinggi kan kaki sedikit di atas beberapa bantal supaya kaki lebih tinggi dari badan untuk membantu pengaliran darah dari kaki ke jantung semasa kita tidur.

6) Boleh juga memakai setokin TED (thrombo embolic disease) atau compression stocking yang ketat semasa tidur atau jika terpaksa berdiri atau duduk lama, untuk membantu pengaliran darah yang turun ke kaki supaya balik kembali ke jantung.

7) Jika ada keraguan kerana varicose vein itu menggangu anda, rasa sakit, terdapat ulser di kulit kaki, atau bengkak kaki disebabkan varicose vein, silalah berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan untuk mendapatkan rujukan berjumpa dengan doktor bedah yang boleh mengikat dan menarik keluar vena itu jika perlu (ligation & stripping). Ada juga kaedah selain daripada pembedahan seperti endothermal ablation, radio frequency ablation, endovenous laser treatment atau ultrasound-guided foam scleroterapi, yang doktor boleh bincangkan. Tetapi selalunya doktor akan memberi nasihat 1-6 di atas dahulu juga, sebelum apa-apa rawatan. Dengan mengikut tips 1-6 di atas, masalah varicose vein boleh dielakkan atau dikurangkan supaya anda tidak memerlukan apa-apa rawatan.

Varicose vein ini bukanlah datang kerana akibat tidak berpantang seperti apa yang netizen mengadu kepada saya. Varicose vein bukan lah sebab masuk angin. Jadi, janganlah ibu-ibu rasa bersalah jika tidak boleh berpantang. Terutama sekali jika mereka yang memaksa anda adalah jurujual yang hanya bertujuan mengaut keuntungan.

ALL OUR MUMMIES ARE BEAUTIFUL, pantang or not.
Prof Dr Imelda,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur

Sumber : Imelda Balchin

Tags: , , , , ,

Category: Kesihatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *