“Mereka SYAHID AKHIRAT”.. Belum Sempat Darah Menitis Ke Bumi, BIDADARI Sudah Menanti !

| September 14, 2017 | 2 Comments

“Mereka SYAHID AKHIRAT”.. Belum Sempat Darah Menitis Ke Bumi, BIDADARI Sudah Menanti ! | Baca Viral – MANGSA kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat, di Kuala Lumpur, adalah disifatkan sebagai syahid akhirat.

ULAS MUFTI PAHANG

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata, semua yang maut dalam insiden menyayat hati itu adalah syahid akhirat.

“Syahid akhirat ini jenazah mereka perlu dikafan dan disolatkan seperti biasa. Golongan ini akan mendapat keistimewaan di akhirat nanti.

“Ia berbeza dengan syahid dunia yang meninggal dalam jihad fi sabilillah (berjuang di jalan Allah), jenazah mereka tidak perlu mandi dan dikafan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rahman yang diminta mengulas mengenai penyebaran gambar mangsa kebakaran itu dalam media sosial menasihatkan masyarakat supaya tidak berbuat demikian.

“Tindakan sedemikian akan melukakan hati keluarga mangsa. Ia perlu dielakkan. Lebih baik masyarakat mendoakan semua mangsa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, mendoakan keluarga mangsa kebakaran tabah dan bersabar atas musibah yang menimpa serta semoga mangsa termasuk dalam golongan syuhada.

Menurutnya, berdasarkan riwayat Abu Daud, orang yang mati syahid selain terbunuh di jalan Allah ada tujuh orang termasuk korban kebakaran.

KEISTIMEWAAN MATI SYAHID

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,”Tidaklah tanah ini kering daripada darah orang mati syahid sehingga dia segera dijemput oleh dua isterinya (dua bidadari); seakan-akan keduanya ibu yang menyusui (anak orang lain kerana kasihan). Mereka berdua melindungi asuhannya di tanah kosong yang ditangan keduanya terdapat hullah (semacam baju yang berlapis) yang nilainya lebih baik daripada dan seisinya.” [Riwayat Ibnu Majah]

Begitu besar kelebihan orang yang mati syahid. Belum sempat darahnya menitis ke bumi, jasadnya sudah ditunggu dan dinantikan oleh bidadari di dalam syurga. Perumpamaan yang diberikan seperti ‘ibu yang menyusu anak’ membawa maksud perlakuan seorang ibu yang mengasihi dan mendodoi anak dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Begitulah perumpamaan yang diberikan kepada orang yang mati syahid.

Sumber : Harian Metro & Fatimah Syarha

Tags: , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *