Pengalaman 2 Bulan Menyewa Di Sebuah Teres Dua Tingkat. Suami Isteri Alami Keadaan Aneh. Jiran Sebelah Buat Upacara “MENGHALAU”, RUPA-RUPANYA…

| September 6, 2017 | 0 Comments

Pengalaman 2 Bulan Menyewa Di Sebuah Teres Dua Tingkat. Suami Isteri Alami Keadaan Aneh. Jiran Sebelah Buat Upacara “MENGHALAU”, RUPA-RUPANYA… | Baca Viral – Makhluk halus atau jin sememangnya wujud. Sebagai umat beragama Islam kita perlu lah yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Jin dan Syaitan juga merupakan makhluk yang diciptakan Allah. Jadi, jika ada terdengar kisah yang pelik dan ganjil itu, mungkin merupakan pengalaman dan pengajaran yang Allah berikan kepada kita supaya tidak leka dan lalai kepada Nya. Mari baca perkongsian suami isteri yang baru berkahwin ini, kemudian menyewa sebuah rumah teres. Apa terjadi di rumah itu?

TINGKAP BILIK TERBUKA LUAS

Ni kisah terjadi kat aku dan isteri lebih kurang 4 tahun lepas. Masa tu kami masih berdua. Anak belum ada. Kami baru masuk menyewa rumah teres 2 tingkat. Mula-mula masuk ok la, biasa jek. Selepas beberapa hari, kami mula kena kacau.

Tapi kami taklah pernah nampak ‘benda’ tu menjelma. Kali pertama kena, masa tu pagi nak pergi kerja. Memang tabiat kami sebelum pergi kerja akan tutup tingkap bilik tidur (tingkat atas).

Memang aku yakin dah tutup tingkap tapi bila aku nak keluar rumah tgk kat arah bilik, tingkap tadi tu terbuka luas. Aku terpaksa tipu isteri cakap aku terlupa nak tutup tingkap sbb aku tak nak takutkan dia.

Kemudian, benda tu main alih-alih barang kat dapur. Kami bangun pagi-pagi nak pergi kerja tiba-tiba tgk tin milo, tin susu, dan beberapa barangan lain dikeluarkan dari dalam kabinet dapur. Kami suami isteri senyap tak cakap apa-apa dan tak bincang apa-apa pun pasal tu.

DENGAR AIR BERKOCAK DALAM BILIK AIR

Terus letak balik barang-barang tu kat tempat asal. Ada juga kejadian tengah malam waktu kami tidur dengar macam ada org dalam bilik air siap dgr bunyi air berkocak sambil batuk-batuk.
Yang paling seram, ada sekali tu, kami suami isteri balik lewat malam ke rumah. Ok, korang fahamkan betul-betul. Isteri aku pakai kasut, kiri dan kanan sepasang.

Pada masa masa yang sama, dekat depan pintu rumah(dekat luar kat tempat letak kereta) ada sepasang selipar juga kiri dan kanan. Isteri aku tanggal kasut nak masuk rumah malam tu, jadi dekat depan pintu ada sepasang kasut dan sepasang selipar. Esok paginya waktu kami nak pergi pejabat, tengok-tengok kat depan rumah cuma tinggal satu kasut sebelah kiri dan satu selipar sebelah kanan. Pasangan kasut dan selipar tak kelihatan. Aku igtkan kucing bawak lari so aku cari-cari la keliling rumah, tak jumpa. Kami putus asa mencari, lalu aku unlock kereta. Alangkah terkejutnya kami bila tengok kasut dan selipar tadi berada di dalam kereta yg berkunci sepanjang malam!
Kami berdua buat tak tahu terus pergi pejabat dgn muka pucat.

BALIK KERJA NAMPAK JIRAN BUAT UPACARA “MENGHALAU”

Balik rumah dari pejabat malam tu, tiba-tiba tgk jiran sebelah tengah ada upacara ala-ala halau hantu.Aku tanya brader tu, dia cakap famili dia ada juga kena ‘gangguan’ so sebab tu dia panggil ustaz buat baca2 doa.
Kami suami isteri masa tu memang dah nekad nak pindah walaupun baru 2 bulan tinggal kat situ. Apatah lagi isteri aku disahkan mengandung. Beberapa hari sebelum kami berpindah, dalam pukul 2 pagi, siling bilik tidur kami bergegar hebat macam nak roboh sampai kami terjaga dari tidur.

Aku tak tahan sabar aku maki hamun benda tu. Kemudian aku demam hampir 2 minggu. Tak taulah demam tu ada kaitan ke tidak. Sekarang 4 tahun lebih peristiwa tu berlaku dan kami pun dah pindah. Pengalaman gangguan tu memang first time aku alami. Sebelum ni aku memang kurang percaya kat cerita hantu ni. Dah kena sendiri barulah tau!

Sumber : FiksyenShasha

Tags: , , , , , , , ,

Category: Seram

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *