Wanita Hamil Nekad Terjun Bangunan Selepas “Permintaan” Ditolak Keluarga Buat Netizen MARAH !

| September 9, 2017 | 0 Comments

Wanita Hamil Nekad Terjun Bangunan Selepas “Permintaan” Ditolak Keluarga Buat Netizen MARAH ! | Baca Viral – Tular di media sosial mengenai seorang wanita yang nekad terjun bangunan selepas permintaannya ditolak ahli keluarga. Semoga kes ini tidak berulang di negara kita.

TULAR ISTERI MELUTUT DI CHINA

Rakaman video menunjukkan seorang wanita hamil di China berlutut di hadapan keluarganya, memohon mereka untuk bersetuju dengan bersalin melalui pembedahan (Caesarean).
Laporan awal mendakwa bahawa keluarga itu tidak bersetuju, dan menyebabkan wanita hamil yang dikenali sebagai Ma, mengambil keputusan untuk bunuh diri, dengan melompat dari tingkat 20 hospital pada 4 September.
Bagaimanapun suaminya telah memberi respons, mendakwa bahawa pihak hospital yang enggan melakukan pembedahan (Caeserean) tersebut, lapor Daily Online People.

MERAYU UNTUK MENJALANI PEMBEDAHAN

Wanita ini merayu lalu melutut kepada ahli keluarganya untuk menjalani pembedahan sebelum membunuh dirinya.
Doktor telah menasihati Ma yang ketika itu berusia 26 tahun menjalani pembedahan kerana kelahiran normal adalah terlalu berbahaya untuknya. Wanita itu dilihat beberapa kali berjalan mengelilingi hospital dalam keadaan runsing.
Sebelum itu, dilaporkan bahawa Doktor telah memberitahu Ma bahawa saiz kepala bayi Ma besar, bermakna kelahiran secara normal akan memberikan risiko kepada kesihatan ibu. Telah dinyatakan oleh doktor terbabit bahawa dia harus menjalani pembedahan Caesarean.

Mengikut undang-undang di China, ahli keluarga perlu memberi kebenaran sebelum kakitangan perubatan menjalankan pembedahan. Hospital itu mengeluarkan kenyataan semalam tentang kes berkenaan di laman media sosial Weibo. Mereka mendakwa bahawa keluarga itu telah menolak untuk melakukan pembedahan Caeserean keatas Ma.
Pihak hospital berkata, “Ma meninggalkan bilik itu berkali-kali disebabkan oleh kerana tertekan kerana permintaan nya untuk menjalani pembedahan Carserean ditolak ahli keluarga. Ma yang tidak dapat menahan kesakitan itu telah menyebabkan dia menjadi emosi dan melompat keluar dari bangunan hospital.

Rakaman video menunjukkan wanita berlutut di depan keluarganya yang memohon untuk Caeserean.

Selepas memberitahu kakitangan hospital bahawa dia tidak dapat menanggung kesakitan lagi, Ma kemudian tekad melompat dari tingkat 20 hospital. Pihak hospital turut menunjukkan kontrak perjanjian yang telah ditandatangani oleh Ma dan suaminya untuk meneruskan kelahiran normal walaupun telah mengetahui berkenaan risiko yang bakal dihadapi. Mereka mengesahkan kejadian itu sedang disiasat.

Rakaman video yang tular di laman sosial menunjukkan wanita itu dilihat dalam kesakitan dan kelihatan berlegar-legar di sekitar hospital sebelum melutut kepada ahli keluarganya. Berdasarkan laporan lain, suami Ma berkata kepada pemberita dan mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa doctor terlibat enggan menjalankan pembedahan Caeserean pada saat-saat akhir.

Kenyataan itu Suami Ma, “Ma berada dalam kesakitan sehingga dia tidak dapat menahannya lebih lama lagi.”Dia berkata dia memerlukan pembedahan Caeserean”.
Menurut iFeng, doktor yang terlibat dalam rawatan Ma telah digantung.

MAKLUM BALAS NETIZEN

Seorang pengguna berkata: ‘Kita harus memikirkan mengapa ibu tidak mempunyai hak untuk bersuara. Pandangan ibu harus dihormati. ‘
Sementara yang lain beranggapan: ‘Keluarga mertua dan suami terlalu mendesak.’
Dan satu pengguna menulis: ‘Di situ ada kakitangan perubatan. Bagaimana wanita itu berjaya membunuh diri? ‘

Sumber : DailyMail

Tags: , , , , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *