Di Sebalik Wajah CANTIK, Ada SESUATU Yang MENGERIKAN Pasti Buat Semua TERKEDU !!

| October 7, 2017 | 2 Comments

Di Sebalik Wajah CANTIK, Ada SESUATU Yang MENGERIKAN Pasti Buat Semua TERKEDU !! | Baca Viral – Jangan pernah terpedaya dengan wajah cantik persis model ini. Kenyataan ini pasti buat semua teduduk !!

KES MENJADI TULAR

Kes pembunuhan ngeri yang berlaku di Thailand beberapa bulan lalu menggemparkankan masyarakat setempat. Kes polis ini berlaku apabila seorang gadis bar bernama Warisara Klinju ditemui mati dengan bahagian tubuh yang terpisah-pisah. Apa yang lebih menggemparkan ialah, suspek utama pembunuhan tersebut telah berjaya ditangkap polis. Namun, wajah suspek utama itu menjadikan kes pembunuhan ini tular. MENGAPA?

WAJAH SUSPEK UTAMA MACAM MODEL

Pelbagai media di Thailand terkedu dengan rupa paras suspek utama pembunuhan itu, Priyanuch Nonwangchai, yang juga merupakan seorang gadis bar. Priyanuch Nonwangchai kini menjadi muka utama di beberapa media massa dan menjadi pusat perhatian netizen hingga muncul perkataan “Demam Preaw.” Banyak yang mengkagumi wanita 24 tahun ini kerana rupa parasnya yang cantik.

Priyanuch Nonwangchai, atau yang biasa dipanggil Preaw, terlibat dalam kes pembunuhan dimana tubuh mangsanya digergaji hingga terbelah dua dan kemudian dibuang di dalam plastik berdekatan dengan Khon Kaen, bulan lalu.
Menurut penyiasat, pembunuhan yang terjadi pada 23 Mei itu adalah sebahagian daripada rancangan membalas dendam oleh Preaw dan beberapa kaki tangannya terhadap gadis bar yang bernama Warissara “Amm” Klinjui itu. Penyiasat ketika ini sedang mencari motif pembunuhan tersebut.

Suspek utama, Priyanuch ini merupakan puteri pop Thailand yang juga merupakan seorang model dan bintang TV. Foto-foto Preaw yang berpose seperti model sambil mengenakan pakaian trend telah tersebar di media sosial.

POLIS DIHUKUM KERANA BERGAMBAR

Namun tidak ada yang menyangka di sebalik paras rupa yang cantik itu, rupa-rupanya adalah seorang pembunuh. Preaw yang terbang ke Myanmar bersama dua rakannya, Kawita Rachada dan Apiwan Satayabundit, akhirnya menyerahkan diri dan dihantar ke Thailand awal bulan ini.

Dilaporkan ada 90 petugas polis yang terlibat dalam penahanan Preaw dan dua rakannya. Kecantikan Priyanuch ini ternyata boleh membuat polis terpaku. Dua polis di Chiang Rai dihukum kerana bergambar dengan suspek cantik tersebut. Polis juga dikritik kerana membiarkan semua suspek merokok secara bebas, memakai mekap dan berjalan-jalan di dalam pejabat polis.

Menurut laporan, pihak polis Thailand ketika ini dikabarkan mempercepatkan kes ini, dengan empat di antara lima suspek berkemungkinan dijatuhkan dengan hukuman mati.

Sumber : Exora

Tags: , , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *