Ibu Bapa JAHIL Buat Keputusan B*DOH Hingga RAGUT Nyawa BAYI Mereka!! ALLAHUAKBAR

| October 8, 2017 | 0 Comments

Ibu Bapa JAHIL Buat Keputusan B*DOH Hingga RAGUT Nyawa BAYI Mereka!! ALLAHUAKBAR | Baca Viral – Kes seperti ini telah banyak dilaporkan. Ibu bapa dan juga BAKAL ibu dan bapa perlu buka mata, apa yang ingin diberikan oleh pihak hospital itu jangan diragukan. Pasti ada kebaikannya.

DOKTOR TERMENUNG KENANG BAYI MALANG

Aku menepuk bahu Razak. Dah hampir 20 minit Razak berdiri termenung di depan X-ray box di Jabatan Kecemasan. Matanya tajam tertumpu pada imej CT Brain yang terletak di X-ray box tersebut. Dari tadi tiada sesiapa yang berani menegur Razak.

Aku pun sebenarnya tak berani. Tapi dah semua kawan2 lain suruh aku pergi tegur, aku pun pergilah tegur.
Razak langsung tidak pedulikan aku yang berdiri di sebelahnya. Dia masih melihat CT brain tersebut sambil bibirnya terkumat kamit kalimat yang tak didengari oleh aku.

Aku pun bersuara perlahan, “Dah la bro. Tutup buku je la. Ko dah buat apa yang termampu dah.” Razak masih tercegat dan enggan berganjak. Matanya masih fokus melihat imej CT brain bayi berusia 4 minggu di depannya. Aku cukup mengerti perasaan Razak. Razak attend kes ini dari pagi tadi. Dekat 2 jam dia lakukan resusitasi kerana ingin menyelamatkan bayi ini tetapi gagal. Allah lebih mengasihi bayi tersebut.

Kini tubuh kecil dan comel tersebut terbungkus rapi kerana sudah tidak bernyawa lagi. 4 minggu lepas bayi ini dilahirkan di hospital tempat Razak berkhidmat. Bayi yang lahir cukup sifat dan sempurna dengan berat badan yang baik.

KEPUTUSAN IBU BAPA YANG BENAK

Namun itulah kali terakhir bayi itu sempurna. Bermulalah keputusan2 bangang ibubapa bayi tersebut selepas itu. Ibubapanya tegar menolak apa jua ubat2an sekalipun utk bayi mereka. Siap berikan surat melarang pemberian vaksin atau apa jua suntikan kepada bayi mereka. Hatta Vitamin K pun mereka tidak mahu sedangkan bayi yang baru lahir berisiko tinggi kekurangan Vitamin K. Vitamin K amat diperlukan utk proses pembekuan darah.

Bayi mungkin boleh mengalami masalah pendarahan yang teruk dengan kekurangan Vitamin K. Puas semua doktor dan jururawat menasihati mereka dan memberitahu komplikasi2 yang boleh terjadi namun ibubapa bayi tersebut tetap berdegil. Ayahnya malah memandang sinis kepada amaran para pengamal perubatan ini almaklumlah, kami tidak berserban atau berniqab seperti diri mereka suami isteri.

Tidak ada apa2 yang boleh dilakukan oleh pihak hospital apabila surat tanggung risiko sendiri ditandatangani oleh ibubapa bayi tersebut. Kami mengalah kerana jika kami melakukan sesuatu rawatan tanpa keizinan dari ibubapa bayi ini, kami boleh disaman!

Walau berat hati kami berdoa di dalam hati agar anak tersebut selamat. Namun, hari ini bayi tersebut dikejarkan ke Jabatan Kecemasan. Usianya baru 4 minggu dan dia tiba dalam keadaan sawan yang tak berhenti. Lebih menyayat hati, sawannya bermula sejak seminggu yang lepas namun tidak dibawa ke hospital.

Bayi itu kelihatan pucat sekali. Bayi tersebut terpaksa diberikan bantuan melalui mesin pernafasan dan diberikan ubat2an supaya sawannya terhenti. Razak melakukan segala2 yang terdaya untuk menstabilkan bayi tersebut. Dia tahu betapa bangangnya ibubapa bayi tersebut kerana ada tertulis di dalam rekod tapi dia tidak berputus asa.

PENDARAHAN DALAM OTAK

Dan setelah itu ujian CT scan otak dilakukan segera dan ternyata apa yang ditakuti telah berlaku. Bayi itu mengalami pendarahan di dalam otak yang cukup besar akibat Hemorrhagic Disease of Newborn dek kekurangan Vitamin K. Pendarahannya cukup teruk sehingga tidak ada apa2 lagi boleh dilakukan. Jika datang awal ketika sawan baru bermula, mungkin sesuatu dapat dilakukan.

SUNTIKAN VAKSIN YANG ‘DIHARAMKAN’

Namun kini, segala2nya telah terlewat. Razak amat terkilan. Perkara ini boleh dielakkan sama sekali dengan hanya 1 suntikan Vitamin K. Namun apakan daya, Vitamin K dianggap haram seperti babi. Reaksi ibubapa bengap tersebut selamba saja. Memanglah muka mereka kelihatan sedih, namun mereka siap boleh kata, “Takpe la…suratan takdir.”
Aik?!!! Takdir jugak ko salahkan? Tapi memang betul pun sebab kebangangan engkau pun memang suratan takdir juga.😒

Akhirnya baby tersebut menghembuskan nafas terakhirnya kerana sememangnya tiada apa2 lagi boleh dilakukan. Kesemua anggota perubatan amat terkesan dengan pemergian bayi ini. Ada jururawat yang menangis kerana tidak tahan melihat bayi comel itu terbujur kaku. Suasana di zon merah di jabatan kecemasan bertukar suram. Kematian bayi sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat petugas perubatan. Satu jiwa yang suci dan tidak berdosa telah hilang dek kerana kejahilan murakab ibubapanya.

Namun yang paling terkesan adalah Razak. Dia mengambil semula filem CT brain bayi tersebut dan asyik merenungnya sejak hampir setengah jam yang lalu. Tiada siapa2 berani menegurnya kerana mereka faham Razak terlalu sedih, kecewa dan marah.

Aku bisik semula kepada Razak, “Dah la bro. Jom kita keluar minum sat. Ko dah stress sangat ni.” Razak menundukkan kepalanya. Itulah pergerakkan pertamanya yang menunjukkan dia responsif kepada aku.
Kemudian Razak bersuara dengan suara yang bergetar menahan kemarahan, “Alangkah baiknya jika CT brain ini adalah milik bapak baby tu.”

Sumber : RahmanKadir

Tags: , , , , , ,

Category: Kesihatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *