Kenapa Cermin Dan Gambar DITUTUP Apabila Berlaku KEMATIAN Di Rumah. Umat ISLAM Mesti TAHU !

| October 24, 2017 | 1 Comment

Kenapa Cermin Dan Gambar DITUTUP Apabila Berlaku KEMATIAN Di Rumah. Umat ISLAM Mesti TAHU ! | Baca Viral – Apakah hukumnya menutup atau menyimpan cermin dan gambar ketika ada jenazah di dalam rumah. Ikuti penjelasan ustaz ini.

Perbuatan pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila ada jenazah di dalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita. Timbul juga tanda tanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenzah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja.

Namun, bila melihatkan amalan menutup cermin dengan kain ini hampir menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas. Apa hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah didalam rumah. Berikut ialah maklumat yang diperolehi dari sebuah laman soal jawab agama. Wallahualam bissawab.

SOALAN

Hukum Menutup Cermin Muka Ketika Ada Jenazah Di Dalam Rumah

Assalamualaikum Ustaz,
Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.
Terima Kasih

JAWAPAN

Bismillahi wal hamdulillah,

Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah SAW supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh si mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak lagi berguna kerana mengikut kepercayaan kuno masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Makan untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati roh tersebut, maka setiap cermin muka dirumah si mati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasullulah SAW serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.

Sumber

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *