SAYU. Pergi Pasar Minggu Bukan Untuk MEMBELI Barang, Tapi Untuk Mengutip SISA MAKANAN!!

| October 7, 2017 | 2 Comments

SAYU. Pergi Pasar Minggu Bukan Untuk MEMBELI Barang, Tapi Untuk Mengutip SISA MAKANAN!! | Baca Viral – Diharapkan lebih banyak peluang pekerjaan dan gaji yang setimpal diberikan kepada pekerja. SEDIH

HANYA KUTIP SISA MAKANAN

KOTA BHARU: Seorang ibu tunggal tidak mempedulikan rasa malu dengan mengutip sisa makanan di pasar, dekat sini, yang penting empat anak di rumah perlu diberi makan.

Begitulah rutin mingguan Rosilawati Ramli, 37, yang ke Pasar Minggu di Kampung Kedai Lalat, bukan untuk membeli makanan, sebaliknya mengutip sisa sayur, buah dan lauk yang tidak boleh dijual.

Rosilawati berkata, ada juga peniaga baik hati memberi kepadanya, malah ada juga yang dikutip di sekitar tong sampah asalkan dirasanya masih boleh dimakan sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Babong, Sering di sini.

“Malu dan sedih sudah tidak saya pedulikan lagi asalkan perut anak terisi kerana saya tidak mampu menyediakan makanan sedap untuk mereka.

IBU TUNGGAL TANGGUNG 4 ANAK

“Kelengkapan dalam rumah seperti tilam, bantal termasuk pakaian juga kebanyakannya diperoleh daripada tong sampah,” katanya yang sudah menjadi ibu tunggal selepas bercerai dengan suami sejak dua tahun lalu.

Rosilawati yang menanggung empat anak yang berusia dua hingga 12 tahun kini mengambil upah mencuci rumah seorang penduduk kampung selama dua jam sehari untuk lima hari seminggu dengan kadar upah RM10 sejam.

Kerjanya, pekerjaan itu hanya dilakukan pada sebelah petang kerana terpaksa menunggu anaknya yang belajar di Tahun Enam di sebuah sekolah, Asmida Taqifah Ahmad Rusidi, 12, pulang terlebih dahulu untuk menjaga anak bongsunya, Muhamad Aiman Mohd Masri Safuan, 2.

TIDAK MAMPU MENYEWA

Lebih memeritkan mereka berlima kini sudah beberapa hari menumpang rumah seorang jiran kerana terpaksa keluar dari rumah sewa disebabkan tidak mampu melangsaikan bil elektrik yang mencecah hampir RM700.

“Saya ada dapat rumah sewa sekitar RM200-RM250 tapi tuan rumah meminta wang deposit dua bulan, manalah saya mampu,” katanya yang turut menerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk dua anaknya yang masih bersekolah.

Nasib mereka sekeluarga mendapat perhatian Yayasan Amal Datuk Zul Wisma yang hadir melawat dan menyampaikan sedikit sumbangan melalui pengerusinya, Datuk Dr Zulkepli Mohamed.

Zulkepli berkata, pihaknya akan cuba membantu yang termampu termasuk menyediakan rumah kediaman sekiranya Rosilawati ada memiliki tanah dan jika sebaliknya cuba mencari rumah sewa dan membantu membayar sewa bulanannya.

Sumber : BH

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *