Gempar Isteri Tikam Suami Kerana TERJUMPA K**D*M. Lebih MENGEJUTKAN Mayat Suami Dijumpai DI…..

| November 21, 2017 | 0 Comments

Gempar Isteri Tikam Suami Kerana TERJUMPA K**D*M. Lebih MENGEJUTKAN Mayat Suami Dijumpai DI….. | Baca Viral – Bila manusia tidak berfikir dengan waras, dan tidak berlapang dada, terjadi lah kes-kes ngeri sebegini. Semoga kita semua mengisi hati dan kehidupan kita dengan IMAN.

WANITA berusia 22 tahun didakwa membunuh suaminya berusia 62 tahun selepas mengaku menikam lelaki itu hingga mati selepas terjumpa kondom dalam seluar lelaki berkenaan sebelum mencampak mayat mangsa ke dalam tangki septik di belakang rumah mereka, minggu lalu.

Nittaya Saengdeuan mengaku membunuh suaminya, Amnuay Wansila, selepas menemui kondom dalam seluar suaminya ketika membasuh pakaian di rumah.

PADA MULANYA ISTERI TAK MENGAKU MEMBUNUH

Menurut laporan media Thailand, Nittaya menghubungi polis memberitahu rumahnya dimasuki penceroboh dan membunuh suaminya.

Polis yang tiba di tempat kejadian menemui mayat suaminya dalam tangki najis dan rumah dipenuhi kesan darah.

Menurut laporan Peoples Digest Online, Ketua Polis wilayah Udon Thani, Peerapong Wongsaman, berkata Nittaya pada mulanya tidak mengaku melakukan pembunuhan itu namun selepas beberapa lama disoal siasat, dia menceritakan apa yang berlaku pada hari berkenaan.

SYAK LELAKI ADA HUBUNGAN SULIT

Menurutnya, Nittaya memberitahu dia memarahi suaminya kerana mengesyaki lelaki itu ada hubungan sulit dengan wanita lain.

Beliau berkata, ketika pertengkaran, Amnuay bertindak kasar menolak isterinya hingga terjatuh.

“Nittaya yang berang mengambil pisau dan menikam suaminya menyebabkan lelaki itu melarikan diri ke garaj kereta.

“Namun, Amnuay terjatuh dan Nittaya menikam lelaki itu kira-kira 10 kali kali hingga mati,” katanya.

Nittaya kemudian mengheret mayat suaminya dan mencampaknya ke dalam tangki najis di belakang rumah.

SUMBER

Tags: , , , ,

Category: Lelaki

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *