“Si A Selalu KONGSI Masalah Dengan SUAMI. Akhirnya Kami Berdua TELAH… “Tak Terduga. MENGEJUTKAN!!

| November 15, 2017 | 1 Comment

“Si A Selalu KONGSI Masalah Dengan SUAMI. Akhirnya Kami Berdua TELAH…” Tak Terduga. MENGEJUTKAN!! | Baca Viral – Saya pakai akaun fb sementara ja ni semata2 nak tanya pendapat, nak bagi pengajaran & nak luahkan perasaan. Tolong postkan ya.. Saya taktau kenapa saya sering diduga dengan seorg perempuan & selalunya perempuan tu isteri orang…apa la nasib..gile beb

“MULA-MULA PANGGIL AKAK JE”

Ceritanya bermula ketika bila saya yang masih bujang ni bekerja di sebuah syarikat di KL ni…saya mula kenal dengan seorg officemate, mula saya panggil dia akak sebab dia tua skit je dari saya lama kelamaan bila dah rapat hilang dah title akak tu, bila dah 1 office ni faham2 jela kan, kluar lunch sesame, gurau tu takde limit...dari situ kami mula private msg sampai tgh malam, dia pandai cover dari suami dia sampai la 1 tahap kami sanggup berjumpa ditangga office utk melepaskan ‘kerinduan’...maaf tak main pun..ringan2 je..lama juga hubungan kami becinta dan akhirnya terputus hubungan disebabkan saya dinaikkn pangkat ke cawangan lain. Terlalu jauh utk berjumpa. Alhamdulillah. Saya pun dah lupakan dia…

CINTA BERPUTIK KEMBALI

Jadi setelah bertahun berlalu kini saya sudah menjadi seorang suami dan mempunyai 2 anak. Isteri saya baik, tak pernah buat hal, dia sayang saya seadanya..ya saya pn sayangkan dia & anak2…kami bahagia dgn cara kami walaupn tk sekaya uols…tapi..dugaan demi dugaan datang…

Media Sosial pencetus segalanya..ya bermula dengan FB wechat whatsapps..group itu group ini, group sekolah la..kawan2 lama yang dah tak jumpa boleh jumpa balik…semuanya punca BALA….ya betol dari group sekolah lama whatsapps tu saya kini merindui dia…dia yang saya maksudkan adalah A, A ni isteri org, anak 2 bekerja penjawat awam…dulu masa sekolah kami hanya berkawan je bukan awek lama pun tapi tah macam mana bila berwassap ni boleh jatuh hati pulak.

“KONON NAK TEMAN, TAPI KAMI AKHIRNYA…”

Ceritanya bila si A ni ada kursus di luar kawasan..kami mula wassap sampai lewat malam konon nak teman dia lah sebab dia sensorg kat sana, kesian…aku pulak masa tu anak bini balik kampung ada hal so memang boring la kan..apa lgi ‘linecelar’ la dan dari situ kami mula bersembang itu ini cerita masalah dia dgn suami..maklum la lama tak jumpa sehinggakan masuk bab romantik dan akhirnya bab atas katil…mulanya takut juga nak open dia kan isteri org kang tak pasal2 viral plak tapi lama kelamaan kami jadi rindu hilang prasaan takut tu & kebetulan pulak the next month dia kena kursus kt tempat aku.

Kami mula pasang plan nak jumpa then sampai hari yg dinantikan kami berjumpa dihotel tempat dia menginap. Apa lagi 2 hari tido hotel dgn dia korg faham2 la ye…maaf cakap layanan dia serius tiptop tk mcm isteri saya (mungkin sebab haram kot)….ye memang msa kat hotel ada fikir anak bini..takut juga nak buat..tapi apakan daya nafsu syaitan lahanat ni lagi kuat..aku kalah…(isteriku syg..maafkan abg ye)

“AKU DAN SI A BERGADUH, TAPI AKU RINDU DIA”

Kini dah 2 bulan berlalu, saya dan A tk berhubung sebab bergaduh biasa la sedangkan lidah lagi tergigit kan inikan pula couple haram…saya jalankan kehidupan biasa sebagai suami & bapa..pagi pegi keje ptg balik main dgn anak2 tpi kadang2 smpai 1 masa tu saya terasa rindu sgt si A ni…ya rindu awak…nape la jadi macam ni ye..aduhhh

Kalau nak diikutkan cerita banyak lagi cerita becinta dengan isteri orang ni…serius tak tipu korang..bkn nk ckp sya hebat tapi perempuan ni lemah..so saya ambik yg ‘xtreme’ jela sebgai panduan nk cite kt korang… Betul saya cakap zaman sekarang sangat mudah nak dapatkan isteri orang. Baik di media sosial lagi2 kalau 1 office..senang..hmm
Mohon hakak2 adik2 macik2 bawang jgn komen pedas sangat, tak kena kat batang idung korang lagi…kita tk minta semua ni..

Ye skrg saya sedang cuba utk buang tabiat buruk ni tapi bila buka je fb ramai awek2 isteri orang ni cantik2…selfie itu ini…adoi la..saya ni dah la lemah…punca semua tu..macam mana nak buat ye?? Tolong…. Saya tak sanggup lagi….

#mohonkeinsafan
#suamijahil

SUMBER

Tags: , , , , ,

Category: Lelaki

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *