Zaquan Adha

Zaquan Bimbang Siri Kekalahan Jejas Moral Pemain & Penyokong Penang FC.

2025-09-02

Zaquan Bimbang Siri Kekalahan Jejas Moral Pemain & Penyokong Penang FC. | BACA VIRAL : Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak. Menzahirkan harapan agar Penang FC mampu segera keluar daripada prestasi hambar sebaik sahaja saingan Liga Super bersambung selepas kalendar antarabangsa FIFA.

Zaquan Adha

Selepas empat perlawanan liga. Skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail hanya mengutip satu mata hasil keputusan seri, manakala tiga lagi aksi berakhir dengan kekalahan.

Lebih mengecewakan, tiga kekalahan itu hadir di laman sendiri, Stadium Bandaraya. Termasuk kekalahan tipis 0-1 kepada pasukan Pantai Timur, Kelantan The Real Warrior FC (KTRW FC).

Menurut Zaquan, rentetan keputusan negatif itu bukan sahaja memberi kesan kepada keyakinan pemain. Malah ia boleh menjejaskan sokongan padu daripada penyokong setia Harimau Kumbang.

“Saya harapkan kalau boleh siri kekalahan ini tidak berterusan. Selepas ini, Penang perlu segera meraih kemenangan. Bila setiap perlawanan kita tewas, keyakinan penyokong pun akan berkurangan.

Kemungkinan bila tiada penyokong, semangat pemain juga akan hilang,” katanya ketika menjadi panel rancangan XI – Sebelas Utama.

Setakat ini, Penang berada di tangga ke-11 liga dengan hanya satu mata. Situasi itu pasti merisaukan Wan Rohaimi menjelang pertemuan getir menentang juara 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), pada 11 September ini.

Zaquan bagaimanapun percaya. Kehadiran sembilan pemain import termasuk tonggak pertahanan berpengalaman, Faith Obilor yang sebelum ini pernah beraksi bersama PDRM FC, mampu membantu memperkukuh prestasi pasukan.

Beliau mengingatkan, Liga Super masih panjang dan peluang untuk bangkit masih terbuka luas, namun kemenangan perlu segera dicapai bagi mengembalikan semangat pemain serta sokongan penyokong.

Artikel Lain