katering

Lelaki Melayu Ini Buka Perniagaan Katering Di Mekah.

2024-06-09

Lelaki Melayu Ini Buka Perniagaan Katering Di Mekah. | BACA VIRAL : Doanya di hadapan Kabaah semasa mengerjakan umrah pada 2010 agar ditunjukkan jalan supaya sentiasa dapat menabur bakti kepada jemaah umrah dan haji Malaysia. Menjadi titik tolak kepada permulaan seorang anak jati Banting, Selangor menceburi bidang katering di Tanah Suci. Pakej murah aceh juga menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan.

katering

Sejak datang ke Makkah pada umur 19 tahun. Sulaiman Ismail yang kini berusia 44 tahun sentiasa mencari jalan untuk berbuat demikian menerusi “empayar”’ perniagaan sendiri. Dan dalam masa sama berhasrat memperkenalkan masakan Malaysia dalam kalangan orang Arab.

Berbekalkan pengalamannya sebagai tukang masak dengan Lembaga Tabung (TH) di Tanah Suci selama 10 tahun sejak 1999 dan wang simpanan yang ada. Sulaiman bertekad untuk menceburi bidang katering biarpun menyedari cabaran yang bakal dilalui penuh ranjau dan berliku.

BERNIAGA KATERING

“Alhamdulilah, selepas itu saya mula berniaga katering pada 2011 dengan memasak makanan untuk jemaah umrah. Masa itu memang mencabar sebab saya datang ke Tanah Suci dengan empat tukang masak sahaja.

Selepas mengambil pakej travel aceh, anda tidak perlu fikir tentang hotel dan tempat lawatan yang menarik kerana semua telah disediakan.

“Selepas enam bulan, barulah saya dapat permit penduduk dan perjalanan perniagaan mula berkembang dari situ,” katanya kepada petugas media baru-baru ini.

Namun, langit tidak selalunya cerah, pelbagai cabaran terpaksa ditempuh untuk melebarkan sayap perniagaan termasuk pernah ditipu rakan perniagaan sehingga mengalami kerugian RM500,000 sebelum COVID-19 melanda dan menyebabkan dia “’terduduk” hampir dua tahun.

BERBEKALKAN SEMANGAT

Berbekalkan sisa semangat yang masih ada, dia kembali bangkit pada Dis 2022 apabila kerajaan Arab Saudi membuka permit perniagaan untuk orang luar membolehkankannya membuka sebuah syarikat katering sendiri dengan nama Ibtizam Catering & Food Services Sdn Bhd.

“Alhamdulilah, setelah beberapa kali jatuh bangun dalam perniagaan, sekarang saya diberikan tangungjawab menyediakan makanan untuk kira-kira 95 peratus jemaah umrah.

“Semasa musim haji pula, syarikat saya menyediakan makanan untuk lebih kurang 19 agensi pelancongan. Yang membawa kira-kira 4,950 jemaah menggunakan visa haji dan Mujamalah di 25 hotel di sekitar Aziziyah dan Makkah,” katanya.

Beliau berkata kesemua hidangan itu disediakan secara bufet tiga kali sehari. Dengan menu masakan Malaysia seperti nasi lemak, mi goreng, sambal udang serta sambal sotong kering, ubi kayu rebus dan kuah kacang.

SEDIKAN KUIH MUIH MALAYSIA

Syarikatnya turut menyediakan kuih-muih tradisional Malaysia seperti seri muka, ketayap dan onde-onde. Kesemua bahan mentah serta rempah masakan yang digunakan dibawa khas dari Malaysia dengan kontena seberat 24 tan metrik. Pada tiga hingga empat bulan sekali untuk mengekalkan keaslian masakan yang disajikan.

“Semua produk kita dari Malaysia dan hanya barang basah serta yang tidak tahan lama yang kita beli di pasaran tempatan. Ada 54 jenis barang kita bawa dari Malaysia seperti ikan bilis, santan dan jus,” katanya yang kini mempunyai sebanyak enam tukang masak dan 47 pekerja berbilang bangsa.

Semua tempat menarik aceh akan dilawati menjanjikan ketenangan dan menarik.

Ditanya mengenai resipi kejayaannya. Sulaiman berkata peluang di Arab Saudi sentiasa terbuka luas. Namun yang paling penting jika seseorang ingin membuka perniagaan di sini, dia perlu sanggup berkorban. Termasuk meninggalkan keluarga di tanah air selain cekal menghadapi cabaran yang tidak diduga.

Artikel Lain